Pelakon suara Jepun, Noriko Ohara yang terkenal dengan suaranya sebagai Nobita Nobi di dalam anime popular Doraemon telah meninggal dunia pada 12 Julai lalu di usia 88 tahun.
Di Malaysia, terutamanya 90’s kids mesti mempunyai memori mereka tersendiri dengan cerita Doraemon yang ditayangkan setiap di setiap hujung minggu jam 7 petang ni kan?
Jadi apa kata untuk artikel kali ni, kita tengok sendiri fakta-fakta menarik tentang kucing robot yang datang dari masa hadapan ini. Jom!
Artikel berkaitan: Unik! Lagu Tema Doraemon Iringi Pasangan Pengantin Ini Ketika Berjalan Untuk Naik Pelamin
Artikel berkaitan: Minat Animasi Doraemon, Syasya Tertarik Dengan Suami Sebab Wajah Ada Iras Dengan Nobita
1. Doraemon dicipta oleh Fujiko F. Fujio
Doraemon telah dihidupkan oleh artis manga duo yang sangat berbakat, Fujiko F. Fujio pada tahun 1969. Dalam Doraemon, watak Doraemon yangt datang dari masa hadapan iaitu pada abad ke-22 telah dihantar ke masa lampau untuk membantu seorang kanak-kanak lelaki bernama Nobita Nobi.
Jadi tak hairanlah protagonis utama dalam cerita ini merupakan Nobita merangkap rakan baik Doraemon. Mereka berdua telah mengikuti pelbagai cabaran kehidupan bersama-sama.
2. Karakter Doraemon
Doraemon sangat dikenali dengan penampilannya ikoniknya sebagai kucing berwarna biru dengan badan bulat, mata yang besar beserta loceng kuning di leher.
Robot ini juga turut mempunyai satu poket magik di perutnya yang dipanggil sebagai ‘poket 4-D’. Poket ini boleh mengeluarkan pelbagai barang dari masa hadapan yang boleh membantu Nobita dan masalah harian yang dihadapinya.
Selain itu, Doraemon juga turut mempunyai mesin masa yang membolehkan dia membawa Nobita untuk melawat masa hadapan atau masa lalu yang turut menjadi salah satu peranan penting dalam siri animasi ini.
Macam yang korang tahu, makanan kegemaran Doraemon merupakan kuih tradisional Jepun iaitu lempeng yang dipenuhi dengan inti kacang merah bernama dorayaki.
Dia juga mempunyai seorang adik beradik bernama Dorami di mana watak Dorami yang turut datang dari masa hadapan ini telah melawat Nobita dan Doraemon beberapa kali.
Walaupun dikenali sebagai watak yang lebih berani berbanding rakannya, Nobita, Doraemon mempunyai ketakutan yang tak masuk akal dengan tikus. Ketakutannya ini telah menyebabkan jalan cerita Doraemon ini lebih kelakar bila melihat dia cuba untuk elak dari bertembung dengan musuhnya itu.
3. Kisah pertama Doraemon dikeluarkan pada 1970
Selepas penciptaannya pada 1969, kisah Doraemon pertama kai dikeluarkan pada 1970 dan sekaligus menandakan permulaan perjalanan Doraemon sebagai satu fenomena budaya di seluruh dunia.
Disebabkan populariti animasi ini, Doraemon telah pun diadaptasikan kepada siri TV dan filem yang membolehkan peminat-peminatnya untuk merasai sendiri pengalaman mereka untuk melihat Doraemon dalam format yang berbeza.
Sepanjang kemunculannya ini, Doraemon telah mendapat peminat dari seluruh dunia dan dari pelbagai kalangan usia dengan ceritanya yang sangat menyentuh hati. Jadi tak hairanlan bila animasi ini telah pun dialih suara kepada ratusan bahasa lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Ingerris, Tamil serta Tagalog.
4. Doraemon jadi duta Olimpik Tokyo
Disebabkan popularitinya ini, Doraemon telah dipilih sebagai duta rasmi Olimpik Tokyo 2020 dan penghormatan ini sekaligus meningkatkan statusnya sebagai karakter kartun paling ikonik.
5. Sejarah pembikinan Doraemon
Menurut sejarah, Doraemon telah dilahirkan pada 3 September 2113 di Kilang Robot Matsushiba dengan kod produksi MS-903 yang merupakan nama aslinya sebagai robot.
Pada abad ke-22, kilang yang mencipta pelbagai jenis robot ini telah membuat silap sehingga berlaku kemalangan semasa proses produksi dan mengakibatkan penciptaan Doraemon jadi tak sempurna.
Disebabkan ini, Doraemon telah dijadikan sebagai robot kelas kedua dan dilatih menjadi robot pembantu rumah tangga.
Menurut siri spin off ‘The Doraemons ‘, cicit Nobita, Sewashi telah diperkenalkan dengan Doraemon dan menjadi robot kegemarannya. Oleh itu, Doraemon diberi tugas menjadi penjaga bayi dan dilatih menjadi pengasuh untuk keturunan Nobita.
Wow, macam banyak juga nak kena catch up balik dengan cerita Doraemon ni.
Sumber: Facts.Net