Terkini seramai 112 anggota PDRM di seluruh negara telah disahkan positif Covid-19. Mereka yang terdiri dari pada pegawai,anggota, penjawat awam dan ahli keluarga itu kini sedang menjalani rawatan di hospital di seluruh negara.
Menerusi Sinar Harian, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din, berkata selain positif Covid-19, seramai 2,688 warga PDRM sedang menjalani kuarantin selama 14 hari.
“Mereka yang disyaki positif Covid-19 terdiri daripada tujuh pegawai kanan polis, 72 anggota, tiga pegawai awam dan 31 ahli keluarga.”

Mereka yang sedang dikuarantinkan selama 14 hari pula terdiri daripada 354 pegawai kanan polis, 1,926 anggota polis, 73 penjawat awam dan 335 ahli keluarga.
Ramli turut memaklumkan dirinya juga sedang menjalani perintah kuarantin kendiri di kediamannya bermula semalam.

