in

10 Pemain Bola Sepak Muslim Yang Hebat Di Padang World Cup 2018

Bola Sepak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makan bola, cakap bola dan tidur pun fikir bolaaaa 24 jam! Itulah situasi penyokong bola sepak buat masa sekarang sempena Piala Dunia 2018 yang sedang diadakan di Rusia. Piala Dunia kali ni juga antara medan yang menampilkan ramai bakat baru termasuklah pemain yang beragama Islam dari pelbagai negara.

Khas buat penyokong bola yang tertanya-tanya siapa antara pemain Islam terbaik beraksi di padang, berikut kami senaraikan 10 pemain bola sepak Muslim yang hebat di Piala Dunia kali ini. Jom check it outt! 


 

1. Mohamed Salah (Mesir)

Pemain yang bergelar ‘Egytian King’ ini jugak mempunyai nama timangan lain yang dipanggil Mo Salah. Beliau boleh dikatakan antara pemain yang terbaik di dalam senarai ni kerana pernah bermain untuk Liga Perdana Liverpool dan terlibat dalam pasukan kebangsaan Mesir.

Sentiasa terkenal dengan gaya selambanya menunaikan solat dan sujud syukur di padang, Salah memulakan karier bola sepak di Mesir dengan bermain di kelab El Mokawloon dari tahun 2006 hingga 2012. Dia kemudian bermain sebagai penyerang bila terlibat dengan Liverpool dan dah pun menjaringkan 44 gol untuk pasukan tu.

Kini Salah bermain untuk Mesir dengan terlibat dalam Olimpik Musim Panas 2012 dan berjaya membawa negaranya ke Piala Dunia pada tahun ni.

 

2. Paul Pogba (Perancis)

Kalau tengok pada gayanya yang berambut blonde, korang mungkin tak sangka yang Pogba ni seorang Muslim. Pogba seorang pemain bola sepak profesional yang hebat di Perancis dan turut bermain untuk Liga Perdana Manchester United sebagai pemain tengah dan kadang-kadang selesa jadi pemain serangan dan pertahanan.

Semasa di Itali dulu, Pogba dikenali sebagai pemain muda yang terbaik di dunia dan pernah mendapat anugerah Golden Boy 2013, Anugerah Bravo 2013 dan dinamakan oleh portal The Guardian sebagai salah satu daripada 10 pemain muda paling promising di Eropah. Wow! 

Pada Piala Dunia 2014 lalu, Pogba pernah juga dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik FIFA 2014 lepas menjaringkan gol pertama Piala Dunia semasa Perancis menentang Nigeria dulu.

 

3. Ahmed Musa (Nigeria)

Mungkin jarang kita dengar nama Ahmed Musa tapi dia yang berasal dari pasukan Nigeria ini pernah dianggap sebagai penyerang terbaik Afrika kerana terkenal dengan kepantasannya. Selepas berpindah ke Liga Juara Liga Perdana di Leicester City tahun 2016, nama Musa makin meningkat naik.

Dengan menjaringkan 5 gol dalam 33 perlawanan dalam tempoh 18 bulan, Musa telah dipinjamkan ke kelab CSKA Moscow dan di sana dia telah menjaringkan 9 gol dalam 23 perlawanan. Prestasi baik Musa amat diperlukan Nigeria demi membenam negara hebat seperti Argentina, Iceland dan Croatia dalam World Cup kali ni.

 

4. Sadio Mane (Senegal)

Sadio Mane ialah pemain utama bagi pasukan kebangsaan Senegal pada pusingan akhir World Cup 2018 ini. Beliau jugak sebelum ni bermain dalam Liga Perdana Inggeris untuk kelab Liverpool dan pernah menjaringkan 10 gol dalam 29 perlawanan bersama pasukan tu pada musim ini.

Kebolehan Sadio membuktikan beliau boleh menjadi antara benteng utama pasukan Senegal dalam berentap dengan negara hebat-hebat di Piala Dunia kali ini.

 

5. Mehdi Benatia (Maghribi)

Mehdi Benatia yang berusia 31 tahun ni bermain dengan kelab Itali iaitu Juventus setelah meterai perjanjian perpindahan tetap dari kelab Jerman, Bayern Munich pada 2017. Beliau boleh dikatakan pemain yang baik kerana pernah membantu kelab Juventus kekalkan pertahanan belakang liga dengan kalahkah kelab Napoli dalam Serie A.

Namun momen paling berharga Mehdi ialah apabila beliau jaringkan gol penting buat Maghribi ketika menentang pasukan Cote d’Ivoire (0-2) bagi melayakkan negara ini ke Piala Dunia 2018.

 

6. Marouane Fellani (Belgium)

Pemain muda yang berasal daripada Maghribi ni sudah bermain dengan kelab Perancis seperti Anderlecht, R.A.E.C Mons dan Charleroi S.C sebelum masuk ke Standard Liege. Beliau kemudian memenangi Divisyen Pertama Belgium dan anugerah Kasut Ebony sebelum berpindah ke England untuk bermain dengan Everton.

Bagi Piala Dunia, Fellaini memang sudah terlibat dalan skuad kebangsaan Belgium sejak 2007 lagi dan pernah wakili pasukan tu dalam Sukan Olimpik 2008, FIFA 2014 dan UEFA Euro 2016. Kini beliau kembali lagi bersama Belgium bagi World Cup 2018.

 

7. Mesut Ozil (Jerman)

Sebelum Salah buat kemunculan, Mesut Ozil adalah antara nama pemain profesional beragama Islam yang sering disebut-sebut dunia. Dia bermain untuk kelab Inggeris iaitu Arsenal dan pasukan kebangsaan Jerman yang sudah disertainya sejak 2009 lagi.

Mesut mula mendapat perhatian dalam Piala Dunia 2010 apabila dicalonkan Anugerah Bola Emas yang disampaikan untuk pemain terbaik pertandingan. Beliau juga sering dapat pujian kerana ketangkasan dan pemain tengah yang baik. Gaya dan kemampuan Mesut dalam hasilkan bantuan gol untuk rakan sepasukan membuatkan namanya sebaris dengan legend bola sepak, Zinedine Zidane.

 

8. N’Golo Kanté (Perancis)

Jangan pandang pemain berkulit gelap ni sebelah mata. Kanté yang berusia 27 tahun ni telah menjadi pemain penyerang tengah untuk kelab Inggeris, Chelsea dan kini pula sertai pasukan kebangsaan Perancis.

Kanté memulakan kariernya dengan pasukan Boulogne sebelum terlibat dua musim di Caen dalam Ligue 1, Perancis. Namun pada 2015, dia menyertai Leicester City dengan bayaran sebanyak 5.6 juta pounds (RM29.9 juta) dan terus menjadi ahli pasukan yang penting dalam kelab tersebut dalam menyertai Premier League. Wow! 

Memakai baju nombor 7, Kanté mula mewakili Perancis dalam berbagai acara sejak 2016 lagi.

 

9. İlkay Gündoğan (Jerman)

Berdarah Turki namun dilahirkan di Jerman, Gündoğan seorang pemain bola sepak Jerman yang profesional dan menjadi pemain tengah bagi kelab Manchester City. Karier Gündoğan bermula apabila menjadi pemain simpanan bagi kelab Vfl Bochum sebelum terlibat dengan kelab FC Nurnberg pada 2009.

Beliau kemudian dibeli pasukan Borussia Dortmund dan berjaya membawa kemenangan buat pasukannya dalam Bundesliga pada musim pertama menyertainya. Dalam 157 perlawanan profesional bersama Dortmund, Gündoğan telah menjaringkan 15 gol sebelum dia menyertai Manchester City tak lama dulu.

 

10. Sardar Azmoun (Iran) 

Satu lagi nama yang jarang kita dengar ialah Sardar Azmoun dari Iran yang baru berusia 23 tahun. Uniknya Sardar, dia tidak bermain sekalipun dengan Liga Eropah seperti rakan Muslim yang lainnya dan hanya bermain di Russian Premier League untuk kelab Rubin Kazan.

Karier bola sepak Sardar berlegar sekitar Rusia selepas dia meninggalkan Iran. Dia yang memainkan peranan penting sebagai penyerang antara pemain yang diintai mampu membuat kejutan bagi pasukan Iran. Setakat ni Iran berjaya mendapat 1-1 melawan Portugal semalam. Sama-sama kita nantikan! 

Yang mana antara pemain bola sepak ni jadi pilihan anda? Kongsikan dengan kami di ruang komen! 

Baca: 10 Pemain Bola Sepak Tempatan Kurang Dapat Perhatian Ramai Tetapi Hebat di Padang

Hebat Di Padang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.