in

“Yang ini lulus” – Bergambar Bersama Siap Letak Emoji ‘Love’, Netizen Doakan Ahmoi & Boss James

Boss James Ahmoi Sama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang mengikuti gosip di media sosial, pasti korang kenal dengan Ahmoi atau nama sebenarnya, Shermine Hau yang pernah tular dicurangi bekas suami, View Chin.


Meskipun kisah kecurangan itu telah berlalu, ramai yang masih mengikuti perkembangan Ahmoi dan terbaru, ibu kepada tiga cahaya mata ini memuat naik gambar memaparkan dia bersama seorang influencer terkenal, Boss James.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shermine Hau (@shermine_ahmoi)

Gambar itu menarik perhatian ramai kerana kedua-duanya kelihatan agak rapat dan Shermine menggunakan emoji hati di kapsyen posting tersebut.

With boss❤️,” tulisnya.

Menjengah ke Facebook pula, kelihatan Boss James meninggalkan komen di posting Shermine dengan menulis, “Assalamualaikum sayang” dan mendapat balasan “Hi sayang” daripada Shermine. Uish biar betul?

Komen Boss James

Artikel berkaitan: Shermine Dah Berbaik Dengan View Chin, Tak Tahu Status Hubungan Bekas Suami

Artikel berkaitan: “Salah boss tu” – Gara-gara Isu View Chin, Boss James Turut Kena Kecam

“Okay lulus yang ni!” – Netizen

Posting berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang teruja melihat Boss James dan Shermine bersama.

Ramai yang mendoakan semoga mereka berjodohan dan mengatakan bahawa mereka secocok menjadi pasangan.

Netizen Sokong

Aww comel pulak min tengok dorang ni. Kita doakan yang baik-baik sahajalah ya. 

Sumber: Instagram, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.