Pempengaruh View Chin dan Mira jadi dilihat sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas mereka muat naik video dan ia telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Bagi mereka, ia seolah-olah sengaja untuk memberikan maksud yang tersirat di mana ianya tidak sesuai untuk dijadikan tatapan umum.
Artikel berkaitan: “Pergi rumah, dia dah pindah” – View Chin Dakwa Dah 3 Bulan Tak Jumpa Anak
Artikel berkaitan: View Chin Bawa Bekas Isteri Makan Malam Dengan Anak-anak Curi Tumpuan Netizen
Dalam video tersebut Mira dilihat sedang terbaring sambil bergoyang sebelum muncul View Chin yang sedang cuba mengejutnya dan membuatkan ramai netizen memberikan tafsiran negatif.
Oleh itu segelintir netizen mendakwa jenaka antara suami isteri itu agak keterlaluan sehingga ada yang labelkan kandungan tersebut ada unsur-unsur ‘soft porn‘.
View on Threads
Selain itu, ramai netizen masih lagi netizen yang masih tertanya-tanyakan status hubungan mereka sehingga kini. Pelakon Zila Bakarin juga dilihat terpanggil untuk memberikan komen mengenai video tersebut.

Sumber : Threads
