in

Wanita Tak Tahu Dirinya Hamil Terpaksa Beranak Dalam Tandas Lepas Lihat Kepala Bayi Terkeluar

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang betul wanita tak tahu diri sendiri mengandung lagi-lagi kalau memang ada pasangan selain perubahan ketara pada badan sepanjang proses kehamilan.

Namun lain bagi wanita dari London ini, dia tak tahu langsung dia sedang hamil hingga terpaksa melahirkan bayinya ini di rumah dan perlu memotong sendiri tali pusat anaknya sebelum teman lelaki tuduh dia jumpa bayi ini di tepi jalan. Drama betul!


Menurut Daily Mail, Charlotte Dubard tak sedar langsung dia hamil walaupun sepanjang kehamilan ini dia kerap mengidam makanan bergula dan berat badannya naik hampir 5kg.

Semasa hari untuk melahirkan anak tiba, wanita ini berkata dia merasakan sakit di bahagian perut dan membuat keputusan untuk tengok apa yang tak kena dengan menggunakan kamera iPhone.

Selepas dia tengok semula video yang diambil, Charlotte terkejut bila melihat ada rambut bayi terkeluar di ‘bawah’.

Walaupun panik, Charlotte membiarkan gerak hatinya membantu proses kelahiran tersebut di dalam tandas.

Bayi lelaki yang diberi nama Elias selamat dilahirkan selepas melalui pengalaman menyakitkan ini seorang diri tanpa bantuan painkillers.

Charlotte kemudian menemui gunting potong kuku dan menggunakannya untuk memotong tali pusat sebelum menelefon teman lelakinya, Miguel untuk pulang ke rumah dengan segera.

Sejurus selepas mendapat panggilan, Miguel bergegas pulang ke rumah pasangan ini dan menemui teman wanitanya sedang memegang seorang bayi.

Charlotte menceritakan semula reaksi Miguel bila teman lelakinya ini pulang ke rumah.

“Bila Miguel sampai ke rumah, dia menjerit ‘Awak jumpa bayi ni tepi jalan?’. Saya mula menangis dan berkata ‘Ini anak kita.’. 

“Miguel terkejut. Kami berdua tak percaya yang ini adalah bayi kami. Ia seperti misteri.”

Wanita ini juga turut menceritakan semula pengalaman sepanjang kehamilan yang tak diketahui itu.

“Berat badan saya memang naik tapi takdelah terlampau naik sampai buat saya fikir saya mengandung. Saya juga mengidam makanan bergula dan selalu sakit kaki sampai saya kena ambil cuti seminggu.

“Satu petang, saya mula rasa kejang tapi tak sesakit kejang yang saya dapat semasa haid. Keesokan harinya, rasa kejang ni semakin kerap muncul dan semakin sakit. Sekarang baru saya tahu masa itu saya sedang mengalami contractions.”

Selepas Miguel pulang ke rumah, mereka terus pergi ke hospital dan bayi mereka diletakkan ke NICU untuk pemeriksaan lanjut.

Wanita ini menambah yang dia rasa bertuah kerana bayinya ini sihat walaupun dia merokok, minum dan bekerja sebagai pelayan restoran selama 14 jam sehari sepanjang kehamilannya.

Charlotte juga berkata, sepanjang kehamilan, dia tetap makan pil pencegah kehamilan dan mendakwa haidnya normal sepanjang sembilan bulan.

“Saya panggil Elias bayi ajaib kerana dia sangat sihat walaupun lepas apa yang saya lakukan sepanjang kehamilan.

“Tak cukup dengan itu, banyak perkara buruk boleh berlaku semasa saya melahirkan dia seorang diri tapi semuanya berjalan lancar.

“Bidan sendiri tanya saya macam mana saya tahu cara nak potong tali pusat, sebab kalau saya salah potong memang sangat bahaya. Saya tak tahu macam mana saya tahu apa saya perlu buat. Naluri saya memang membantu.”

Kalau korang nak tahu, kehamilan tanpa simptom sangat jarang berlaku tapi menurut Bidan Kolej DiRaja UK, satu dari 2,500 kehamilan di UK adalah kehamilan tanpa simptom. Ini menunjukkan ada seramai 320 wanita setahun yang tak tahu mereka sebenarnya hamil.

Macam admin dulu, perut je besar tapi simptom-simptom macam sakit kaki ke, morning sickness ke memang tak ada langsung.

 

Baca: “Bagaimana Nak Lahirkan Anak Sendiri” – Ibu & Bayi Mati Lepas Ikut ‘Tutorial’ YouTube Cara Lahirkan Anak

Screenshot 2019 04 16 At 1.27.01 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.