in

Wanita Melecur Disambar Api Selepas Hand Sanitizer Meletup Ketika Hendak Nyalakan Lilin

Untitled Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Kate Wise terpaksa dikejarkan ke unit rawatan rapi selepas melecur hampir seluruh badannya akibat disambar api — berpunca daripada cecair pembersih tangan yang meletup dalam satu kejadian di Texas, Amerika Syarikat baru-baru ini.


Memetik laporan Daily Mail, kejadian berlaku sewaktu mangsa hendak menyalakan lilin di kediamannya yang terletak di pinggir Austin. Difahamkan Wise sebelum itu telah menyapu sedikit cecair hand sanitizer di tangannya sebelum menyalakan lilin, menyebabkan tangannya terbakar sedikit secara tidak sengaja.

Kejadian itu menyebabkan wanita tersebut terkejut dan melompat ke belakang, sebelum terpegang botol cecair tersebut yang kemudiannya meletup secara tiba-tiba.

Api kemudian menyambar seluruh tangannya dengan pantas, dan Wise mengalami lecur tahap dua dan tiga di sebahagian badannya termasuk keseluruhan wajah, tangan dan kaki.

2 3

1 4

Melihat kejadian itu, dua anaknya kemudian bergegas keluar mendapatkan pertolongan daripada jiran.

Kebakaran turut menyebabkan perabot dan beberapa barangan peribadi di rumah mangsa musnah terbakar. Susulan itu, satu tabung GoFundMe diwujudkan bagi membantu Wise yang kini memerlukan rawatan reconstructive untuk pulih semula daripada kecederaan tersebut.

Malah dia juga sedang menyebarkan kempen kesedaran mengenai risiko bahaya hand sanitizer sekiranya tidak disimpan di tempat yang sewajarnya.

 

Baca: “Kanak-kanak kena sentiasa diawasi” – Ngeri! Kanak-kanak 3 Tahun Melecur Disambar Api Sebab Pegang Hand Sanitizer!

Capture 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.