in

Wanita Kongsi Detik Cemas Didatangi Budak 13 Tahun Bagi Salam Pukul 1.30 Pagi Minta Tolong Depan Rumah

Scam2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Secara logiknya jam 1.30 pagi agak mustahil untuk anak muda lingkungan 12-13 tahun keluar rumah untuk beri salam ke rumah lain.



Lebih-lebih lagi dalam waktu-waktu hujan, pastinya ia akan mendatangkan lagi kemusykilan kita. Namun, sebagai insan yang berperikemanusiaan, pastinya akan tergerak rasa kesian melihat keadaan remaja sebegitu.

Tapi untuk wanita ini mujurlah dia tak ‘termakan’ dengan umpan yang diberikan.

 

Bagi salam waktu hujan lebat, ‘mak ayah’ tunggu dalam kereta

Pada waktu ini, rumahnya didatangi oleh seseorang dengan ucapan salam dari luar, pada mulanya dia tak melayan namun dia berikan terlalu lama. Jadi dia pun jawab salam.

Apabila di perhatikan, ia merupakan sapaan daripada seorang budak perempuan yang berumur dalam lingkungan 12 ke 13 tahun.

171271689 1178918915890041 6400709778947855632 N

“Siap goncang pagar lagi.. Dalam hujan lebat.. Bercakap pun terpaksa jerit2… Minta tolong sikit katanya. Nak minta duit belanja.. Adik nak sekolah.Kami tanya.. Datang dengan siapa..? Dia jawab dengan mak.. Mak ada tapi tunggu dalam kereta.. Ni datang nak minta tolong.. Nak duit sikit untuk adik nak sekolah.?”

Apabila mendengar rintihan remaja tersebut, suami wanita ini hampir-hampir nak tolong dia dengan mengambil kunci rumah dan nak bagi duit kepadanya. Namun begitu hati wanita ini memang tak sedap.

“Abang, Cuba fikir.. Kalau ya pun susah tak kan datang jam 1.30 pagi.. Dalam keadaan hujan lebat dan gelap lagi.. Kalau dia susah tak kan bole naik kereta.. Dia cakap datang dengan mak dia.. Habis kenapa mak dia x turun sekali.? Kenapa mak dia tunggu dalam kereta je.? Dan kenapa kereta dia tak parking betul2 depan rumah kita.?”

Biarpun suaminya kesian melihatnya tetapi atas langkah keselamatan wanita ini tetap halang daripada memberikn duit kepada budak tersebut.

“Saya suruh budak tu tunggu dalam kereta dan akan hubungi polis untuk bagi bantuan pada dia.. Dia tetap cakap nak duit untuk adik nak sekolah..Last.. Saya cakap. Kalau tak pergi juga saya akan CALL POLIS. pelik pagi bute datang rumah orang minta bantuan..”

172334266 1178918882556711 8171234510503943734 N

Lepas suruh budak tu tunggu dalam kereta sebab nak hubungi polis, budak tu terus berlalu pergi.

“Call 999, polis cakap kami ambik tindakan yang betul.. Tak keluar rumah dan tunggu pihak polis datang untuk buat rondaan..”

Biarpun musykil samada hanya sekadar taktik atau budak itu benar-benar terdesak, perkongsian ini telah meraih lebih daripada 1.8K perkongsian di Facebook dalam masa 14 jam.

Ia mendatangkan rasa cemas netizen untuk lebih berhati-hati biarpun lokasi kejadian ini masih kurang pasti, namun penting untuk kita ambil langkah jaga-jaga dan lakukan tindakan yang sama jika ianya berlaku pada kita kelak.

 

Baca : Macau Scam: 31 Polis Termasuk Deputi Komisioner Bersekongkol Dengan Addy Kanna Bakal Dibuang Kerja

Scam

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.