in

Macau Scam: 31 Polis Termasuk Deputi Komisioner Bersekongkol Dengan Addy Kanna Bakal Dibuang Kerja

Sebelum ini, polis mengesahkan bahawa terdapat anggota turut terlibat dalam sindiket penipuan Macau Scam dan perjudian dalam talian bersama Addy Kanna.

Terbaru, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata seramai 31 pegawai dan anggota polis termasuk seorang pegawai kanan berpangkat deputi komisioner yang telah dikenal pasti terlibat bakal berdepan hukuman serta termasuklah dibuang kerja.

Menurut Sinar Harian, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dilaporkan telah melengkapkan kertas siasatan kes itu dan dirujuk kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Di bawah bidang kuasa SPP, semua yang terlibat itu boleh dikenakan tindakan tegas seperti ditamatkan perkhidmatan atau diturunkan pangkat.

Kesalahan itu dianggap sesuatu yang amat serius atas kepentingan orang ramai. Bukan calang-calang saya sebagai Ketua Polis Negara untuk mengambil tindakan.”

Jadi saya membawanya ke peringkat atasan supaya ia dapat diadili sebaiknya dan seadil-adilnya.  Apabila perkara ini diangkat ke atas kemungkinan hukuman dikenakan kepada mereka adalah buang kerja, turun pangkat atau lain-lain termasuk potongan gaji, tetapi dua hukuman yang utama pastinya dibuang kerja atau diturunkan pangkat…itu kuasa yang ada pada SPP.”

Kesemua individu terbabit telah disiasat secara menyeluruh terutamanya berhubung pemilikan nilai aset luar biasa berbanding jawatan dan gaji. Siasatan itu juga turut melibatkan seorang pegawai berpangkat inspektor yang dipercayai mempunyai wang simpanan berjumlah RM1 juta.

Baca: Seorang Inspektor Miliki RM1 Juta Dalam Bank, Antara 29 Pegawai Polis Yang Disiasat Didakwa Terlibat Macau Scam