in

Wanita Bakar Kereta Kancil Tua Suami Sebab Bergaduh Pasal Air-Cond Rosak

Kancil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pepatah, “Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.” Isu pergaduhan suami dan isteri ini boleh dikatakan hal yang biasa dialami mana-mana pasangan yang sudah berumah tangga. Biasalah tu kan gaduh-gaduh manja kata orang.


Tapi macam mana kalau pergaduhan tu dah tak jadi manja sampai ke tahap bakar membakar barang? Haa bunyi macam scary kan, tapi itulah yang dihadapi seorang lelaki apabila isterinya naik angin dan membakar kereta kancil tua miliknya dek kerana bergaduh soal air-cond yang rosak, lapor China Press.

C1Cc
sumber: china press

Kejadian yang berlaku pada 10 Mac di Taman Seroja dekat Bukit Sentosa, Hulu Selangor ini bermula apabila si isteri merungut tentang keadaan kereta Kancil usang generasi kedua suaminya yang mempunyai masalah pendingin hawa.

Bengang apabila rungutannya tidak diendahkan oleh suami, wanita itu bertindak membakar Kancil berkenaan sekitar jam 11.30 pagi. Waa gilalah! Betul-betul nak laki dia beli kereta baru.  

19Dc
sumber: china press
1Aad
sumber: china press

Orang ramai yang melihat kebakaran itu kemudian menghubungi pihak bomba dan kebakaran berjaya dipadamkan. Pihak Bomba dan Penyelamat memaklumkan bahawa kereta tersebut tidak dapat diselamatkan kerana dijilat api yang marak dan yang tinggal kini hanyalah rangka kereta yang usang. Alahai kesian!

Walau bagaimanapun, sehingga setakat ini tiada laporan polis dibuat berkaitan kebakaran tersebut.

Aduh parah ni… Pasal air-cond je boleh gaduh sampai bakar kereta! 

Baca: Wanita Bogelkan Diri di Mall Selepas Bekas Suami Ungkit Bayar Baju Yang Dipakainya

Buka Baju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.