in

Wan Azizah Menteri Paling Popular, Ramai Melayu Benci Maszlee

Kak Wan V Maszlee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas 100 hari memerintah, ramai yang ingin tahu sama ada menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) ni disukai ramai, dibenci atau popular di kalangan rakyat. Mujurlah Tinjauan Merdeka Center ada membuat kajian dan hasil dapatannya sangat mengejutkan!

Menurut Malaysiakini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ialah menteri kabinet yang paling popular di kalangan orang Melayu dan bukan Melayu. Wow tahniah Kak Wan! Manakala Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan mendapat keputusan yang sangat berbeza daripada orang Melayu dan bukan Melayu.


E41E3B61A150Fa026D1176B0Aa2Dc71C
sumber: malaysiakini

Hasil tinjauan pada 7 hingga 14 Ogos menunjukkan Kak Wan telah mendapat sokongan sebanyak 75% dengan 16% saja yang tak berpuas hati dengan prestasinya. Kak Wan jugak mendapat sokongan tinggi daripada orang Melayu dengan 71% sokongan (19% tak sokong) dan 84% bukan Melayu sokong (hanya 8% je tak sokong)! 

Sementara tu, Lim Guan Eng dilaporkan lebih terkenal di kalangan orang bukan Melayu dengan 84% sokongan. Orang Melayu pulak nampaknya tak berapa suka Guan Eng kerana dia hanya dapat 44% sokongan je.

Lim Guan Eng
sumber: blog

Lebih menyedihkan, Dr Maszlee yang sedang berdepan isu UEC kurang mendapat sokongan daripada orang Melayu sendiri. Hanya 54% orang Melayu menyokong Menteri Pendidikan ini dan 26% lagi tidak. Manakala 41% bukan Melayu support Maszlee, manakala 41% pulak tidak menyukainya.

Hal ini menjadikan Maszlee antara menteri paling tak popular daripada 7 lagi menteri utama lain dalam survey tersebut. Uh-oh! 

Fb Maszlee Malik Fmt 1 Os
sumber: fmt

Jikalau Wan Azizah menyandang tempat pertama bagi menteri paling popular, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamad Azmin Ali di tempat kedua dan Muhyiddin Yassin pulak menduduki tempat ketiga. Tempat keempat dan kelima disandang pasangan BFF Guan Eng dan Mat Sabu.

Lain-lain menteri seperti Menteri Kesihatan dan Menteri Pendidikan menduduki tempat keenam dan ketujuh. Manakala Peguam Negara, Tommy Thomas menduduki tempat kelapan iaitu paling bawah dengan 49% sahaja yang berpuas hati dengannya. 

Berikut statistik lengkap bagi menteri-menteri PH: 

55C3842553A72137186463Ef78F612Ed
sumber: malaysiakini
Cd36Dbc46538D2Cf15D1C930A334521C
sumber: malaysiakini
D68067370A1E55B101Ff4A8A38910C82
sumber: malaysiakini

Korang suka menteri yang mana? Admin mestilah Mat Sabu! 

Baca: Ramai Tak Tahu Ini Yang Kak Wan Buat Lepas Pegang Jawatan TPM…

Kak Wan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.