in

Ramai Tak Tahu Ini Yang Kak Wan Buat Lepas Pegang Jawatan TPM…

Wan Azizah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, perkahwinan budak 11 tahun telah menjadi isu hangat dan menerima kritikan daripada pelbagai pihak yang mengecam tindakan ini. Isu panas ni sekaligus terkena tempias kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Wan Azizah atau Kak Wan yang dikatakan berdiam diri serta defend si pelaku.


Namun sebenarnya Kak Wan bukan yang macam korang sangkakan. Menurut Hannah Yeoh, ini beberapa perkara mengagumkan yang dilakukan Kak Wan sepanjang menjadi TPM dalam tempoh 3 bulan ini.

 

1. Walaupun dah jadi menteri, tetap mempunyai hati seperti doktor 

Kata Hannah, hati seorang doktor yang dimiliki Wan Azizah tetap terserlah walaupun dia pegang pelbagai jawatan lain.

“Anda pasti pernah lihat macam mana beliau bergegas turun dari pentas untuk periksa YB Hanipa Maidin bila dia pengsan masa perhimpunan di luar.

“Saya juga personally pernah tengok Timbalan Perdana Menteri duduk tenangkan mangsa gangguan seksual bila mereka bercerita tentang apa yang berlaku,” kata Hannah.

795D9Fe5 188C 4362 B65A A5E04E51C47A
sumber: blog

 

2. Jarang balas balik kritikan orang

Jarang Hannah lihat Kak Wan membalas balik kritikan yang orang lemparkan terhadapnya. Dan apabila Kak Wan ingin lakukan satu tugas atau dasar, dia lakukannnya dengan berterusan sehingga perkara tu betul-betul selesai.

Wanazizah
sumber: mstar

“Walaupun saya akui memang lambat untuk selesaikan isu budak 11 tahun berkahwin, tapi saya nak anda semua tahu yang isu ni jugak bersangkut paut dengan kementerian lain untuk jalankan tugas di bahagian mereka pulak.

“Dalam beberapa minggu ni, saya boleh jamin yang ia adalah keutamaan Kak Wan untuk lindungi budak tersebut walaupun ia mengorbankan reputasinya sendiri,” jelas Hannah. Smiley Cry

 

3. Kak Wan bantu ibu bapa bayi yang ditemui dalam peti ais 

Hannah jugak pernah melihat sendiri bagaimana Kak Wan bersemuka dengan ibu bapa Adam (kanak-kanak yang maut ditemui dalam peti ais) dan melihat bagaimana TPM cuba memberi bantuan dalam pelbagai cara kepada ibu bapa tersebut supaya mereka pulih daripada trauma.

“Dia selalu ingatkan saya yang kita perlu tengok satu perkara tu dalam semua sudut (ini antara pekara yang selalu saya terlepas pandang sebab nak dapat hasil yang pantas),” ujar Hannah.

Ber P R2050
sumber: blog

 

4. Banyak berkorban untuk Malaysia Baru 

Bagi Hannah, Wan Azizah lah wanita yang patut dijadikan contoh buat rakyat Malaysia di luar sana.

“Kadang-kadang kita lupa sejauh mana telah kita datang semenjak 9 Mei lepas. Inilah wanita yang takkan curi wang cukai anda, seorang doktor pintar yang berhak memimpin dan tidak mementingkan diri sendiri untuk beri peluang kepada orang lain.

“Rakyat Malaysia, jangan cepat lupa akan pengorbanan bertahun-tahun demi mendapat Malaysia Baharu ini,” kata Hannah.

1526303017 655 Tegas Tapi Sebenarnya Lucu Nauzubillah… – Dipuji Netizen Wan Azizah Buka Rahsia Nurul Izzah
sumber: blog

 

5. Sikap baik hati kelemahan Kak Wan

Kalau ada yang minta Hannah kritik tentang Kak Wan, katanya sikap baik hati TPM itulah yang jadi kelemahannya. Keluarga Kak Wan telah melalui pelbagai cabaran namun sikap baik hatinya lah yang telah buka peluang kepada perdamaian dan penyembuhan bagi Malaysia dalam beberapa bulan menuju 9 Mei.

Fd2546Ef14528Ab7Da951538B74Cf7Cd
sumber: blog

“Ramai ahli politik pada masa lalu telah merosakkan Malaysia tetapi beliau mengelak daripada melakukannya kepada rakyat kerana kebaikan hati yang dimilikinya,” kata Hannah lagi.

Didoakan semoga TPM wanita pertama ni terus bersemangat menjalankan tugas demi agama, bangsa dan negara. Be strong Kak Wan! 

Baca: Korang Tahu Tak Kisah Inspirasi TPM Kita, Dr Wan Azizah? 

Kak Wan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.