Bila dah dekat-dekat nak raya ni, mestilah ramai di kalangan artis bercadang ataupun sudah sedia nak keluarkan lagu raya terbaru sebagai buah tangan kepada peminat. Ini termasuklah jutawan kosmetik seperti Dato’ Aliff Syukri dan Nur Sajat yang dah pun ready dengan lagu raya dorang. Amboih laju!
Pun begitu, belum lagi lagu full keluar, katanya dah macam-macam kecaman Aliff Syukri dapat. Termasuklah dari ibunya sendiri, Bonda Rozita Ibrahim.
“Huiiii napa lah lagi ko ni kan Kri… Wajar mak carut ko kan… Suara tak sedap, lagu raya hapa-hapa ntah”
Menerusi perkongsian Aliff Syukri sendiri di Instagram, dia telah screenshot komen ibunya yang mengecam lagu terbaru dirakamnya bersama Zizi Kirana dan Nur Sajat. Lagu yang bertajuk ‘Jom Raya’ ni tak keluar lagi tapi Dato’ Aliff ada letak teaser di Instagramnya untuk peminat tengok.
https://www.instagram.com/p/BxzvbnuJzqQ/
Nah teaser lagu baru Dato’ Aliff bersama Sajat dan Zizi Kirana. Amboi kemain Tok Aliff tarik suara dia!
https://www.instagram.com/p/BxzI5n_ADan/
“Setuju tau ngan bonda. Adoi pening sis tengok @aliffsyukriterlajaklaris ni tau”
Rata-rata netizen nampaknya setuju sangat dengan komen yang dilontarkan ibu Dato’ Aliff ni. Iyelah kan, bila min dengar lagu kat atas tu… rasa serabut pulak otak. Eloklah dengar cakap emak tu kan Dato’.
“Allahu sedapnya lontaran suara yang merdu ini dato. Terpukau saya”
Apa-apapun rasanya Aliff Syukri tak perlulah risau sebab ada juga di kalangan netizen yang masih menyokong apa saja yang dikeluarkan jutawan kosmetik ni. Malah tak sabar-sabar lagi tunggu lagu ni keluar. Lagu belum siap kan… so kita tunggu full song. Mana tahu sedap.
All the best ye Dato’ Aliff!
Baca: “Macam itik tercekik kacang je ni” – Baru Record Lagu Raya, Aliff Syukri Dah Kena Kecam