in ,

“Wahai En Saifudin, bape ramai anak hang sakit noh” – Scammer Guna Gambar Budak Sakit, Claim Konon Anak Sendiri Untuk Minta Derma

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai seorang individu yang cepat kasihan dan bermurah hati, kita mesti sedih kan kalau tengok ibu bapa minta derma atas alasan anak sedang sakit kritikal di hospital.


Ia satu amalan yang mulia untuk menderma kerana membantu ringankan beban mereka yang dalam kesusahan. Tetapi yang jadi masalah sekarang, nampaknya ada orang mula ambil kesempatan atas sikap murah hati rakyat Malaysia ni. 

 

“Aku syak anak-anak En Saifudin ni memang semuanya berpenyakit ye…” 

Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang netizen mendedahkan taktik scammer yang licik apabila dia menggunakan gambar bayi yang sedang sakit dengan alasan untuk meminta derma. 

Bukan seorang bayi ye, tapi dekat 3 ke 4 orang dengan nama yang berbeza-beza. Kejap anak dia nama Jufaira, Fattah, Ikhwan… haa takkan semua ni anak dia kot? Malah nombor akaun yang digunakan pun sama tau!

Sumber: Facebook

 

“Pendapatan tak berkat… sampai ke mana la nak dibawa. Mati nanti tetap disoal” 

Rata-rata netizen memang marah dengan sikap scammer begini yang suka mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain. Malah ada juga yang cakap, disebabkan sikap orang macam ni lah makin susah orang sekarang nak menderma. Haih ingat kaya ke buat kerja macam ni eh? Tak berkat tau! 

Sumber: Facebook

Apa-apapun admin nak ingatkan kepada netizen kat luar sana, jangan cepat share apa-apa perkara ke media sosial tanpa siasat terlebih dahulu. Semoga orang macam ni stop lah dari terus scam orang. 

Baca: “Ibu pejabat PDRM, tapi pakai whatsApp” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Hampir Kena Tipu Dengan Scammer Tapi…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.