in

Viral Video Kubur Upin & Ipin Didakwa Hanya Imaginasi Opah, Pengarah Les’ Copaque Bagi Respon

Ft Upin Ipin Les Copaque

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan kecoh semalam video tular daripada seorang pengguna TikTok berkenaan dengan konspirasi mengenai watak Upin & Ipin, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd Haji Burhanuddin Md Radzi telah pun tampil memberi respon semalam menerusi Facebooknya.


 

Tak betul sebab Upin Ipin hanyalah watak kartun rekaan

Beliau yang juga memegang watak Tok Dalang dalam animasi itu menjelaskan bahawa dakwaan Upin & Ipin adalah wujud dan telah meninggal dunia itu hanyalah rekaan semata-mata.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Haji Burhan juga turut berseloroh bahawa Upin dan Ipin sihat sahaja dan ada hantar mereka ke sekolah setiap pagi.

Upin Ipin passed away?This morning Atok was shocked to read news from Jakarta that Upin Ipin passed away due to…

Posted by Hj Burhan Radzi on Sunday, January 16, 2022

 

Trending No. 1 di Indonesia

Disebabkan konspirasi tersebut, beliau juga menyatakan bahawa animasi Upin & Ipin kini trending nombor satu di negara jiran.

Akui terkejut dengan video pusara tersebut, Haji Burhan kongsikan bahawa beliau turut dihubungi oleh pihak media dari negara itu untuk mendapatkan kesahihan ini.

Upin Ipin Trending No 1 in IndonesiaWe are used to so many crazy ideas about Upin Ipin by our fans since Upin Ipin are…

Posted by Hj Burhan Radzi on Monday, January 17, 2022

Bukan sahaja Pengarah Urusan, Penerbit untuk animasi Upin & Ipin, Mohd Zarin juga turut menepis dakwaan yang digembar-gemburkan itu.

Upin & Ipin Viral lagi! Dari video TikTok yang berkongsi tentang terjumpa kubur Upin dan Ipin di Indonesia dan teori…

Posted by Mohd Zarin on Monday, January 17, 2022

 

Tidak diambil atau diinspirasi dari kisah sesiapa – Les’ Copaque

Untuk menjawab dengan lebih terperinci, pihak Les’ Copaque Sdn Bhd menerusi laman Twitter  rasmi juga turut memberikan penjelasan bahawa watak Upin dan Ipin tiada langsung ada kaitan dengan mana-mana individu yang masih hidup dan telah meninggal dunia.

Menurut Les’ Copaque, idea asal untuk watak Upin & Ipin itu datang daripada Hajah Ainon dan Haji Burhan sendiri yang memegang watak Opah dan Tok Dalang.

Secara ringkasnya, kisah-kisah dalam episod Upin & Ipin adalah hasil pengalaman Haji Burhan yang dibesarkan di kampung lalu diinterpretasikan dalam siri animasi ini.

Malah, Les’ Copaque turut menjelaskan serba sedikit latar belakang kisah mengapa Upin & Ipin merupakan anak yatim piatu.

Ia sebenarnya adalah disebabkan kekurangan tenaga kerja saat pembikinan awal animasi tersebut, malah sebab kenapa watak dua beradik kembar ini tiada rambut adalah, keterpaksaan mereka untuk mengurangkan kos dan mempercepatkan proses pembuatan pada waktu itu.

Haaaa, detail sampai jelaskan kenapa diaorang tak rambut.

Sebelum ini, viral satu video TikTok dari Indonesia memperlihatkan pusara yang tertulis nama Upin & Ipin yang telah meninggal dunia pada sekitar tahun 90-an dengan dakwaan yang kononnya kisah adik beradik kembar itu adalah dari kisah benar yang berasal dari Indonesia.

Dua beradik kembar ini dikatakan meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan ketika sedang bercuti dan watak animasi ini adalah ‘bayangan’ Opah sahaja kerana susah nak terima hakikat bahawa cucu mereka sudah tiada.

Kisah ni, mengingatkan min pasal cerita disebalik kartun Shin Chan dan spekulasi pasal kartun Doraemon dulu. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kes viral Upin & Ipin ni, boleh baca dekat link bawah ni.

 

Baca : Kecoh! Netizen Indonesia Dakwa Upin Ipin Sebenar Dah Meninggal Lepas Video Kubur Kembar Itu Tular

Pagez 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.