in

Kecoh! Netizen Indonesia Dakwa Upin Ipin Sebenar Dah Meninggal Lepas Video Kubur Kembar Itu Tular

Pagez 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Upin dan Ipin pastinya tidak lagi asing bagi rakyat Malaysia di mana watak siri animasi ini sangat terkenal di kaca televisyen. Bukan saja budak-budak, malah orang dewasa juga ramai yang meminati kembar comel tersebut.


Terkenal dengan tagline “betul betul betul”, watak kartun itu bukan saja terkenal di Malaysia, malah ia turut disambut baik oleh penonton negara jiran, Indonesia.

Namun, baru-baru ini netizen dikejutkan dengan satu klip yang tular di laman Tiktok, melihatkan dua buah kubur berukuran kecil mempunyai nama Upin dan Ipin pada batu nisannya. Aik, apa cerita ni?

@bang_alonk3110

Akhirnya tidur Nyenyak ? #addictedtotiktok #masukberanda #fyp #upinipin #opah #kakros

♬ suara asli – ????????????_ – ????????????_

Dimuat naik oleh pengguna Tiktok bernama Bang Alonk, video itu menerima lebih 30 juta tontonan di Tiktok dalam tempoh lebih sehari ia dimuat naik. Dia turut menyatakan bahawa video itu diterima dari seorang rakannya dari Malaysia.

Video ini Alonk dapat dari teman yang juga orang Malaysia.. katanya ini berdasarkan kisah dari nenek di sana yang diungkap ke dalam animasi”

Kedua-dua kubur itu berwarna biru, di mana batu nisan itu menyatakan Upin telah meninggal dunia pada 6 Ogos 1995, manakala Ipin pula meninggal pada 2 April 1996.

Upin Ipin hanyalah ‘bayangan’ Opah

Klip berdurasi 10 saat itu mendakwa siri animasi tersebut adalah hasil adaptasi dari kisah sebenar, di mana watak Upin dan Ipin sebenarnya hanya satu khayalan yang diwujudkan oleh Opah kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa kembar comel itu telah ‘pergi’.

182543424 10159857431744750 8992821921008549827 N

Memetik laporan dari Suara, keluarga Upin dan Ipin dikatakan mengalami kemalangan yang teruk ketika sedang bercuti. Tambah mereka lagi, tragedi itu telah mengorbankan Upin serta kedua-dua ibu bapanya.

Manakala Ipin pula mengalami koma dan meninggal selepas beberapa bulan kejadian itu berlaku. Sementara itu, Kak Ros dikatakan mengalami trauma selepas hilang kesemua ahli keluarganya. Biar betul…

Fakta Upin Dan Ipin 2

Namun, setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan dari Les Copaque selaku pihak produksi siri animasi ini berkenaan kesahihan cerita tragis tersebut.

“Nasib baik Boboiboy tak terjebak” – Netizen

Sehubungan dengan itu, laman Instagram rasmi Upin dan Ipin kemudiannya dibanjiri komen netizen dari Indonesia, majoritinya meminta penjelasan dari pihak mereka untuk mengesahkan sama ada cerita itu adalah kisah benar atau hanya khabar angin semata-mata.

1 Vert 5

Tidak hanya kecoh di Instagram, ruangan komen di video Tiktok pula dipenuhi dengan komen dari rakyat Malaysia yang menegaskan bahawa pemilik klip itu sekadar mengada-adakan cerita. Ada juga yang keliru, memandangkan ini pertama kali mereka mendengar cerita tersebut.

4 Vert

Korang pulak rasa macam mana? Betul ke Upin Ipin ni adaptasi cerita betul?

Baca: Penerbit Upin Ipin Dedah, Nak Buat ‘Taman Tema Interaktif Upin Ipin’ di JB, Ala Kampung Durian Runtuh

Sws

Sumber: Facebook
Sumber: Tokopedia
Sumber: Instagram
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.