in

Viral Kes Kononnya Budak Perempuan Bawah Umur Diculik Warga Asing, Rupanya Polis Sahkan Itu Rakan Ibu

Bukan Culik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular satu posting di media sosial yang mendakwa seorang remaja perempuan bawah umur telah dilarikan oleh dua lelaki warga Bangladesh.

Perkara tersebut katanya telah disyaki oleh seorang pemandu e-hailing yang curiga mengapa budak berusia 13 tahun tersebut mengikut dua orang warga asing keluar tanpa ditemani ahli keluarganya.


Warga Asing

51620367380 Kesculik

 

Bukan kes culik tapi ikut kawan ibu 

Walau bagaimanapun, pihak polis hari ini telah menafikan wujudnya kes culik melibatkan remaja tersebut dan dua lelaki Bangladesh yang tular di Facebook semalam.

Menurut Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, pihaknya mengesahkan tiada kes culik seperti yang ditular sebelum ini.

Siasatan dijalankan mendapati remaja perempuan tersebut keluar bersama dua lelaki warga asing itu yang merupakan rakan ibunya untuk membeli barang.

“Remaja perempuan tersebut juga kini disahkan bersama keluarganya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1390547767462817796

Dalam pada itu, pihak polis juga berkata, kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan tidak sewenangnya memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan masyarakat.

“Tindakan akan diambil kepada individu yang menyebarkan perkara tidak benar di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya lagi.

Uish macam-macam ye. Sebelum nak share tu pastikan berita tersebut sahih. 

Baca: “Mangsa terpaksa ikut” – Warga Asing Berseluar Dalam Cuba Rogol & Rompak Wanita Umur 65 Tahun Di Johor

Rogol

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.