Apa punya oranglah aniaya orang tua macam ni?
Seorang wanita warga emas telah dirogol sebelum dirompak di rumahnya di Taman Skudai awal pagi semalam.
Dalam insiden yang berlaku pada jam 3.30 pagi itu, suri rumah berusia 65 tahun sedang tidur sebelum tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti ada orang sedang buka tingkap rumahnya.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, warga emas tersebut terkejut bila dia menemui seorang lelaki berkulit gelap dipercayai warga asing berdiri di hadapannya dengan hanya berseluar dalam, lapor NST.
Lelaki yang sedang memegang batang besi di tangannya itu telah meminta wanita warga emas itu diam dan buka baju supaya dia boleh merogolnya.
“Mangsa yang ketakutan hanya menurut arahan suspek yang kemudiannya cuba untuk merogol namun gagal.
“Sukspek kemudiannya ejakulasi pada tilam mangsa sebelum memaksa wanita tersebut memberikan RM500 dan berlalu pergi.”
Tambah Dzulkhairi lagi, pihak polis telah pun menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun dipercayai suspek utama berdasarkan maklumat dari mangsa dan siasatan awal.
Manakala dua orang lagi lelaki warganegara Myanmar berusia 21 dan 26 tahun yang dipercayai merupakan rakan subahat juga turut ditahan tak jauh dari tempat kejadian ketika cuba melarikan diri.
Ketiga-tiga warga asing yang merupakan pekerja buruh ini telah ditahan pada jam 2.30 petang tak jauh dari tempat kejadian.
“Pihak polis juga turut merampas beberapa bahan bukti dipercayai digunakan semasa rompakan termasuk batang besi, crowbar, seluar dalam berwarna kelabu dan telefon bimbit.”
Untuk pengetahuan korang, kes ini kini sedang disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan rompakan bersenjata dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menceroboh serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigran.
Baca: “Saya bagai dipukau” – Gadis Trauma Hampir Dicabul Orang Minyak Dalam Rumah Sendiri