in

[VIDEO] Wanita Terkedu Tengok Ada ‘Benda’ Mengintai Dari Celah Pintu Masa Menginap Di Hotel

Ft Wanita Didakwa Kena Kacau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila menginap di hotel, bukan semua bernasib baik dapat service yang elok, kadang-kadang bad service itu bukan datang daripada pihak hotel itu sendiri, tapi datang daripada ‘benda’ luar yang datang usik. Mesti korang faham maksud min kan?


 

Ada ‘benda’ mengintai?

Satu kejadian aneh telah berlaku kepada wanita ini ketika menginap di sebuah hotel yang dipercayai terletak di Melaka. Ketika ingin membuat rakaman menunjukkan persekitaran bilik yang dia menginap, dilihat seperti ada satu kelibat muncul dari celah-celah pintu almari.

Jika diperhatikan, ada cahaya yang berkelip-kelip dari celah pintu itu, ia membuatkan wanita ini rasa gerun dan takut, katanya, semasa rakaman itu dibuat, kawannya tengah mandi dan dia mendakwa penampakan cahaya yang berkelip-kelip itu dikaitkan dengan perkara mistik.

@timonryu

Niat nak day trip kat Melaka tapi lain plk jadinya😭 Sumpah tknak datang sini dh!!!! Member tengah mandi.. nk feeling2 record pastu tiba2 nampak something😭 #fyp #hotelmelaka #melaka #horror #hantu

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Video ini telah meraih lebih daripada 300K jumlah tontonan dalam masa sehari dan ia pastinya telah mengundang bermacam-macam reaksi netizen.

Ada yang terkedu melihat mata ‘entiti’ itu bersinar, ada juga yang mengatakan ia adalah spycam dan ada juga anggap bahawa ianya hanyalah lampu dari peti besi yang terletak dalam almari hotel itu.

Screenshot 2023 02 02 163102 Screenshot 2023 02 02 163117 Screenshot 2023 02 02 163132 Screenshot 2023 02 02 163146 Screenshot 2023 02 02 163159 Screenshot 2023 02 02 163220 Screenshot 2023 02 02 163246

Biasanya benda-benda macam ni akan membuatkan ramai orang was-was sebab ye lah ada yang percaya dan ada yang tak percaya.

Baca : Mayat Elisa Lam Ditemui Dalam Tangki Air, Rupanya Hotel Berhantu Ni Dah Ragut Hampir 16 Nyawa!

Collage 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.