in

[VIDEO] Tular Kapten & Kru KRI Nanggala 402 Nyanyi Lagu ‘Sampai Jumpa’

Cover 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita mengenai kehilangan kapal selam KRI Nanggala 402 merupakan satu perkhabaran sedih buat semua.


Sedang ramai bersedih dengan kejadian ini, tular sebuah video yang memperlihatkan kru kapal selam tersebut sedang berkumpul beramai-ramai dan menyanyikan lagu bertajuk ‘Sampai Jumpa’.

B 4

Video ini dimuat naik oleh vokalis lagu ini sendiri, Erix Soekamti. Dalam video tersebut, jelas kelihatan seorang kru sedang bermain gitar, sementara rakan-rakannya yang lain menyanyikan lirik lagu ‘Sampai Jumpa’.

Tahlil berterusan di rumah waris

Semenjak Khamis lalu, rumah salah seorang kru kapal selam KRI Nanggala 402, Ady Sonata, tidak pernah sunyi dengan bacaan al-Quran dan doa tahlil.

60841F900F424

Majlis ini turut disertai oleh keluarga dan masyarakat setempat. Bacaan akan dialun selama dua ke tiga jam sebelum azan Maghrib berkumandang, dan dilakukan sepanjang operasi pencarian berlangsung.

Semoga semuanya dipermudahkan buat keluarga kru kapal selam KRI Nanggala 402.

Sampai Jumpa

Datang akan pergi
Lewat ‘kan berlalu
Ada ‘kan tiada bertemu akan berpisah

Awal ‘kan berakhir
Terbit ‘kan tenggelam
Pasang akan surut bertemu akan berpisah

Hey, sampai jumpa di lain hari
Untuk kita bertemu lagiKurelakan dirimu pergi
Meskipun ku tak siap untuk merindu
Ku tak siap tanpa dirimu
Kuharap terbaik untukmu

Kredit: Suara, Harian Metro

BACA: Sedih! Anak Kru Kapal Selam Hilang Kunci Ayah Dalam Bilik, Berkeras Larang Ayah Pergi Bertugas

Feature 4 3

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.