in

[VIDEO] Taliban Kembali Kuasai Afghanistan, Ramai Cuba Lari Sampai Sanggup Berpaut Pada Sayap Kapal Terbang?

Collage 24

Sejak semalam, beberapa video tular di media sosial menunjukkan ribuan rakyat Afghanistan dilihat cuba untuk keluar dari negara mereka yang kini ditakluk Taliban.

Lapangan Terbang Kabul juga dipenuhi rakyat Afghanistan yang sanggup bertarung nyawa untuk cuba tinggalkan tempat kediaman mereka sehingga sanggup berhimpit dan berpaut pada sayap kapal terbang.

Taliban Kembali kuasai Afghanistan, Ini apa yang korang perlu tahu

Mungkin ramai yang tak tahu apa yang menyebabkan rakyat Afghanistan takut sehinggakan sanggup bergadai nyawa untuk lari dari penaklukan Taliban ni.

Difahamkan, kekacauan yang berlaku di Afghanistan ini bermula apabila Amerika Syarikat (AS) mula membawa pulang hampir kesemua tentera mereka yang bertapak di sana secara senyap dan pantas sejak bulan Mei lalu.

Kini, AS telah berjaya membawa pulang 90 peratus tentera mereka dan selebihnya dijangka akan keluar pada akhir bulan Ogos ini.

Ekoran ini, Taliban mula mengambil langkah untuk menakluki Afghanistan dengan menguasai beberapa kawasan di luar bandar sebelum mula memasuki beberapa wilayah sempadan yang penting.

Taliban

Walaupun tentera AS cuba membantu melumpuhkan serangan Taliban dengan melancarkan serangan udara, namun ianya tak berjaya membantu tentera Afghanistan untuk mengalahkan taliban.

Kumpulan pemberontak ini telah berjaya menawan 23 ibu kota di Afghanistan termasuk Kabul menandakan kembalinya pemerintahan dari Taliban selepas berjaya ditumpaskan pada tahun 2001 oleh pimpinan AS.

Keadaan di sana menjadi lebih teruk apabila Presiden Afghanistan Ashraf Ghani dikatakan telah pun melarikan diri dari negara itu sekaligus menimbulkan kemarahan rakyat di sana yang menganggap tindakan Ashraf ini sebagai pengecut.

Apa yang bakal berlaku kepada rakyat Afghanistan?

Ribuan rakyat di sana cuba untuk melarikan diri dan orang dari luar bandar telah datang ke bandar yang masih dikuasai kerajaan. Namun, rasa selamat mereka mungkin tak lama kerana Taliban akan datang menawan tempat tersebut pada bila-bila masa sahaja.

Rakyat di Kabul pula mula mengeluarkan kesemua simpanan mereka dari bank, kedai-kedai mula ditutup dan ramai berkumpul di lapangan terbang dengan harapan dapat keluar dari negara tersebut untuk mencari perlindungan di tempat lain.

Untuk pengetahuan korang, ketika Taliban memerintah Afghanistan dua dekad yang lalu, mereka dikenali dengan peraturan Islam yang sangat-sangat ketat.

5358F2Dc38097

Malah, kaum wanita dan kanak-kanak perempuan ketika itu telah ditindas sehingga tak dibenarkan untuk menerima pendidikan.

Antara undang-undang ketika pemerintahan mereka termasuklah:

  • Melarang muzik dan filem dimainkan
  • Wanita perlu memakai burka penuh menutupi keseluruhan wajah mereka
  • Wanita tak dibenarkan keluar rumah kecuali bersama mahram
  • Lelaki perlu menyimpan jambang
  • Wanita tak dibenarkan bekerja kecuali dalam bidang kesihatan
  • Tingkap perlu dicat supaya orang luar tak boleh melihat wanita di dalam rumah

Jika peraturan ini dilanggar, wanita akan dihukum dengan sebatan atau rejam sampai mati. Wanita juga mempunyai risiko untuk dirogol atau dipaksa kahwin dengan pejuang kumpulan pemberontak ini.

Terbaharu, Taliban telah pun mengisytiharkan berakhirnya perang di Afghanistan dan memberikan jaminan yang mereka tak akan sasarkan mana-mana markas atau agensi diplomatik serta bersedia untuk berdialog dengan mana-mana pihak dan berjanji akan beri keselamatan kepada semua rakyat Aghanistan.

Sumber: The World Wide Tribe, The Vocket, Insider

 

Baca: “Muslim jadi sasaran” – Konflik Agama & Keganasan Paling Teruk Dalam Dekad, Ini Fakta Yang Korang Perlu Tahu

Screenshot 2021 08 17 At 11.48.39 Am

Sumber: CFR
Sumber: Dawn