in

Netizen Terharu Lihat Peminat China Tulis Kad Ucapan Dalam Bahasa Melayu Buat Shila Amzah

Ft Shila Amzah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Shila Amzah menjadi tumpuan netizen apabila suaminya, Ubai memuat naik video memaparkan penyanyi ini disambut baik oleh para peminat setibanya Shila di sebuah lapangan terbang di China.

Menerusi hantaran video tersebut, dilihat para peminat sudah berkerumun di balai ketibaan dan menyambut mesra penyanyi lagu Patah Seribu itu, di samping memberikan hadiah buatnya.


Artikel berkaitan: “Ayah, seandainya duit bukan punca” – Coretan Shila Amzah Di TikTok ‘Main Jiwa’

Artikel berkaitan: Datuk Amy Search Hantar Notis Tuntutan Kepada Shila Amzah

“Biasa tengok fans kpop buat card ucapan dalam tulisan Korea” – Netizen

Antara pemberian yang mencuri tumpuan netizen adalah satu kad ucapan yang ditulis tangan oleh peminatnya menggunakan Bahasa Melayu. Kad tersebut dimasukkan ke dalam bingkai gambar kayu berbentuk segi empat.

 

View on Threads

 

Dalam pada itu, ada juga yang tumpang bangga melihat pencapaian Shila Amzah di negara China, yang sekaligus telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia dalam bidang seni suara.

Shila 3 Shila 4 Shila 5

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.