Satu kes curang kini sedang tular di media sosial negara seberang apabila seorang wanita mendedahkan kecurangan suaminya yang bergelar ustaz.
Dalam satu hantaran tular, si isteri menunjukkan perbualan WhatsApp suaminya itu bersama orang ketiga yang dipercayai salah seorang pelajar ustaz itu sendiri.
Artikel berkaitan: Pernah Join Misi Flotilla Ke Gaza, Ramai Tumpang Gembira Lihat Ustaz Mad Kechik Kini Sah Bergelar Suami!
Artikel berkaitan: “Jangan dibuat lagi tahun ni!” – Ustazah Asma’ Harun Tegur Trend Joget Ambil Duit Raya, Hilang Sopan & Sifat Malu?
Guna alasan sunnah

Dalam mesej tersebut, ustaz itu memohon agar pelajar itu menemuinya dahulu sebelum pulang, lebih menjijikkan lagi, ustaz tersebut menggunakan ‘sunnah’ sebagai alasan untuk melakukan perbuatan terkutuk.

Kata ustaz tersebut, dia mahu menyambung mengajar sebuah perkara ‘sunnah’ kepada pelajar iaitu cara-cara menjaga bahagian sulit pada tubuh badan.
Ustaz tersebut siap memujuk pelajar tersebut supaya tidak perlu khuatir tentang isterinya yang sedang berada di luar kawasan.
Sumber: Threads
