
Kalau ada kes berkaitan ular atau haiwan berbisa, selalunya kita akan nampak abang-abang bomba lah yang kedepan dalam menangkap haiwan-haiwan ini.
Tetapi kali ini, lain pulak ceritanya apabila bukan abang bomba yang bertugas tangkap ular tapi kakak bomba pula mula tunjuk skill menundukkan seekor ular tedung. Wow!
“Siapa kata hakak bomba tak hebat…”
Menerusi perkongsian video di Facebook, seorang anggota bomba wanita dilihat sedang berhadapan dengan seekor ular tedung yang nampak sangat berbahaya. Ular tu siap dah menegak naik dan kepalanya pun macam nak mengembang.
Tapi kakak bomba ni nampak dengan chillnya perlahan-lahan cuba memegang kepala ular tersebut dan tak disangka-sangka dia terus mencapai kepala ular itu serta menangkapnya. Fuh perkara ni berlaku kurang dari 1 minit yalls!
Nah tengok video kat bawah:
“Aku pulak yang kecut perut… hebat kau kak!”
Rata-rata netizen memang teruja habislah tengok gaya akak ni menangkap ular tedung tersebut. Apa-apapun ramai jugak yang bimbangkan keselamatan akak ni. Bagi min akak ni mesti dah profesional. So korang jangan risau, macam mana pun safety first ye!

“Depa dah terlatih. Tengok step semua sama nak tangkap ular”

Tahniah dan terima kasih kepada abang dan kakak bomba kita yang selalu bertugas tak kira siang mahupun malam.
Baca: “Sondol je kereta tu!” – Jentera Bomba Gagal Keluar Balai Sebab Ada Kereta Block