in

“Video seks kelihatan seperti tak diubah” – Pakar Forensik Australia Claim Klip Seks Didakwa Libatkan Menteri ‘Real’ Tapi…

Sbs 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak daripada minggu lepas, isu skandal video seks ‘semburit’ yang dikatakan melibatkan individu bernama Haziq Aziz dengan menteri kanan masih tidak surut-surut dan makin mendebarkan.


Terbaru menurut Malaysiakini, pertubuhan media Australia, SBS News telah meminta pandangan daripada beberapa orang pakar mengenai klip tersebut dan mereka sepakat mengesahkan bahawa kemungkinan besar video itu ‘real’. Opss! 

 

“Tiada bukti terdapat manipulasi foto atau imej” 

Menurut laporan SBS, Kevin Nguyen, seorang pakar forensik digital berkata, dia telah mengadakan beberapa analisis terhadap video tersebut dan mendapati tidak terdapat sebarang manipulasi foto mahupun imej.

“Sekiranya ini (hasil kepintaran buatan AI) Deepfake, ia sangat baik. 

“Pada tahap imej, secara forensik ia telah diperiksa.

“Saya menjalankan beberapa analisis forensik… terhadap tiga video itu dan pada enam perkara yang saya periksa tiada bukti terdapat manipulasi foto atau imej,” jelasnya.

Video
sumber: blog

Malah Profesor Siwei Lyu dari Kolej Kejuruteraan Sains Gunaan di University Albany, US juga memberi jawapan yang sama. Dia mengakui yang tiada jejak algoritma (AI) Deepfake pada orientasi muka yang tidak konsisten atau wajah yang terapung.

 

Masih tak boleh sahkan ‘menteri’ terbabit terlibat

Walau bagaimanapun, tak ada seorang daripada pengalisis terbabit boleh mengesahkan sama ada menteri ‘itu’ merupakan individu dalam video terbabit.

“Tiada seorang pun daripada penganalisis yang boleh mengesahkan bahawa Azmin ialah lelaki dalam video itu, mereka hanya membuat kesimpulan bahawa video itu tidak pernah diubah secara digital,” kata laporan tersebut.

3E00962F446E5896F32F07509E55Ec00
sumber: mk

So korang rasa macam mana? Betul ke menteri itu terlibat dalam video ni? Video katanya 90% real tapi… Entahlah!

Baca: “Ni bukan yang pertama..” – Pendedahan Mengejut Haziq Aziz! Dakwa Dah 4 Kali ‘Aksi Ranjang’ Bersama Menteri Tersebut

Hazoq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.