in

[VIDEO] Niat Datang Untuk Melamar, Sekali Ibu Bapa Terus Suruh Nikah

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai pasangan muda mahukan majlis perkahwinan yang simple dan straight forward. Tapi mengenangkan adat dan tetamu yang mahu dijemput, segelintir ibu bapa selalunya tak bersetuju.


Bukan itu sahaja, di zaman moden ini juga masih ada stigma yang menganggap nikah cepat atau buat majlis secara kecil-kecil ni kerana pasangan dah terlanjur.

Baru-baru ini, satu video majlis nikah yang diadakan secara sederhana telah tular di TikTok sehingga mendapat sebanyak 5 juta tontonan.

Video dari negara seberang ini menunjukkan pengantin lelaki yang hanya memakai baju batik menangis selepas selesai akad dan mencium isteri barunya yang berkebaya dengan penuh kasih sayang.

Menerusi ruangan komen, wanita ini menjelaskan yang tujuan asal majlis tersebut hanya untuk melamar namun kerana mereka berdua perlu keluar negeri bersama-sama keesokan harinya, ibu bapa gadis ini telah meminta agar mereka dinikahkan terus.

Guys, sebenarnya aku dilamar tapi tiba-tiba diminta untuk terus dinikahkan oleh orang tuaku kerana kita berdua besok ada agenda yang harus keluar kota berdua.

Kerana itu kami dinikahkan, bukan sebab aku hamil.”

Rata-rata netizen yang melihat video ini teruja dan terharu melihat reaksi pengantin lelaki yang dilihat terlalu sayangkan pasangannya.

Screenshot 2021 11 08 At 12.55.22 Pm Down

Alhamdulillah, benda baik eloklah dicepatkan…

 

Baca: [VIDEO] Pernah Jadi MUA Majlis Nikah Isteri, Lelaki Tak Sangka Berjodoh Dengan ‘Customer’ Sendiri

Screenshot 2021 11 08 At 1.03.10 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.