in

[VIDEO] Pernah Jadi MUA Majlis Nikah Isteri, Lelaki Tak Sangka Berjodoh Dengan ‘Customer’ Sendiri

Jodoh Dengan Mua 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak dengar ayat yang orang tua selalu cakap, ‘Kalau dah jodoh tak ke mana’? Maknanya, walau macam mana banyak dugaan pun yang korang lalui dengan seseorang itu, jika sudah ditakdirkan dia jodoh korang pasti akan ke jinjang pelamin juga.


Pepatah ini boleh disamakan dengan kisah seorang pengguna TikTok bernama @firdaus_rubae_dre yang bertemu jodoh dengan salah seorang pelanggannya.

 

“Aku makeup kan dia” 

Menurut video yang dikongsikan, Firdaus yang bekerja sebagai make up artist (MUA) memaparkan gambar dia bersama seorang pelanggan yang ditatarias untuk majlis kahwin.

Namun siapa sangka ‘pelanggan’ tersebut tiba-tiba berubah status menjadi isterinya pula.

Masa ni kakak sebelah ni berjodoh dengan orang lain… aku makeup kan dia,” tulisnya.

@firdaus_rubae_dre

Reply to @wana_damaireka

♬ original sound – Muhamad Firdaus dre – Muhamad Firdaus dre

Menerusi ruang komen, Firdaus menjelaskan bahawa wanita yang dikahwininya itu sebelum ini merupakan kakak angkatnya dan pernah berkahwin dalam tempoh setahun sebelum bercerai.

Mereka kemudian mendirikan rumah tangga dan sudah bernikah selama 7 tahun kini dengan dua orang cahaya mata.

Kahwin 1

 

“Dah kahwin baru nampak seri seorang ayah” 

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan kisah cinta lelaki ini dan isterinya yang dikatakan agak unik dan lain daripada lain.

Malah sempat juga para netizen memberi komen akan penampilan lelaki tersebut yang berubah serta merta sebaik dia berkahwin dan mempunyai cahaya mata.

Jodoh Dengan Mua

Syukur Alhamdulillah semoga berkekalan hendaknya pasangan ini. 

Baca: “Jauh betul perjalanan tu” – [VIDEO] Jodoh Jiran Sebelah Rumah, Netizen Terhibur Tengok Wanita ‘Balik’ Dari Rumah Mertua

Balik Rumah

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.