in

[VIDEO] Letupan Misteri Apa Tu Di Sabah Semalam?

Ggk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Letupan Misteri Apa Tu Di Sabah Semalam?
Loading
/

Kecoh di sekitar Sabah apabila letupan kuat disusuli dengan gegaran dilaporkan kedengaran pada lewat malam dalam jam 11.30 malam tadi (20 Ogos). Menurut Utusan Online, gegaran beberapa saat tu telah dirasai di sekitar kawasan Kota Belud, Tuaran dan Tamparuli.


Susulan itu, beberapa video letupan telah dirakam netizen viral di Facebook dan ada jugak yang claim letupan ni disebabkan tahi bintang atau meteor masuk ke permukaan bumi. Dengar-dengar ada yang cakap letupan tu UFO! Ish, ish korang ni… 

Menurut Pengarah Meterologi Sabah, Azemi Daud berkata, pihaknya tak dapat pastikan lokasi kejadian perkara tu berlaku kerana ianya bukan dibawah bidang tugas mereka.

“Kalau ada pun (meteor) susah untuk dikesan. Boleh jadi juga, letupan itu kemungkinan terhasil daripada meteor yang terbakar ketika memasuki di ruang angkasa.

“Ini kerana meteor atau tahi bintang adalah cahaya terang yang kelihatan melintasi langit malam dengan begitu pantas dan secara tiba-tiba. Ia biasanya adalah habuk dan debu yang terbakar apabila memasuki dalam atmosfera bumi, jelasnya.

Meteor 3
sumber: harian metro

Rata-rata penduduk tempatan yang jadi saksi kejadian tu agak terkejut mendengar dua kali bunyi letupan dari atas langit.

“Letupan kuat kedengaran dan rumah bergegar menyebabkan saya keluar untuk lihat apa yang berlaku. Beberapa jiran juga keluar dari rumah mengatakan ada letupan dan gegaran, namun tiada perkara buruk berlaku,” kata Hashim Taitun dari Tuaran.

39664878 246902879488251 5259026869419769856 N
sumber: facebook

Manakala Yong Ted Phen dari Kota Kinabalu pulak berkata,

“Ada yang mengatakan letupan itu dari meteor yang jatuh di kawasan Tuaran. Tetapi beberapa komen mengaitkan letupan itu adalah latihan kapal perang milik Amerika Syarikat yang berlabuh di perairan Kota Kinabalu.” 

Walau bagaimanapun, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan yang mereka belum terima apa-apa panggilan kecemasan berkaitan letupan dan cahaya misteri tu.

Siapa yang duduk Sabah? Cer kongsi sikit apa yang sebenarnya berlaku…

Baca: Allah Beri Peringatan Dengan Guruh Je, Semua Dah Seram 

Guruh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.