in

Allah Beri Peringatan Dengan Guruh Je, Semua Dah Seram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Allah Beri Peringatan Dengan Guruh Je, Semua Dah Seram
/

Siapa ada dengar bunyi guruh yang menyeramkan semalam? Malam tadi kecoh di media sosial rata-rata netizen mengaku mendengar bunyi guruh yang sangat panjang kat area Cyberjaya hingga ke Puchong.


Menurut posting yang dikongsikan Viral Media Johor, bunyi guruh yang berlaku sekitar jam 7.51 malam tu sangat panjang dan kuat sehingga penggera kereta berbunyi. Serius la!

Sumber: Facebook

Nak kata benda ni main-main tak jugak sebab rata-rata netizen beri komen yang sama sampai ada cakap dengar bunyi guruh panjang ni hingga ke kawasan Banting, Putra Heights dan Gelang Patah, Johor Bahru! Scaryyy…

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Fenomena alam yang luar biasa ni disusuli dengan perkongsian gambar dan video Menara Berkembar KLCC seperti dipanah petir kuat. Ada jugak yang kongsikan gambar langit gelap di Kelantan serta cahaya matahari yang extra terang di Putrajaya. Pantas netizen rakam!

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Perkongsian ni telah mendapat perhatian PU Amin yang perasan dengan kejadian yang berlaku. Katanya, bunyi guruh tu macam bunyi kereta api melintas sesuatu kawasan. Namun PU Amin jugak melihat kejadian alam ni seperti satu teguran Allah SWT kepada umat manusia supaya jangan leka dan buat benda yang bukan-bukan.

Sumber: Facebook

Bukan saja PU Amin yang bagi nasihat, netizen lain jugak saling nasihat menasihati antara satu sama lain tentang perkara ni. Ada yang cakap kiamat makin dekat. Ni lah antara tanda-tandanya. Uhuhu meremang jap bulu roma admin! 

Sumber: Facebook

Papepun diharapkan mereka yang di luar sana berhati-hatilah dengan keadaan cuaca yang tak menentu ni. Mungkin betul jugak guruh dan panahan petir tu amaran Tuhan kepada kita supaya jangan terus leka dengan hal dunia semata-mata.

Baca: Pendaki Dari Malaysia Terkorban Dalam Gempa Bumi di Lombok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.