in

[VIDEO] Lagi Kes Pemandu Mabuk, Kini Pak Cik Tua Naik Basikal Pula Jadi Mangsa

Dd 6

Saban minggu kes kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk sudah tidak asing lagi dalam laporan berita tempatan.

Semalam satu lagi video tular yang menunjukkan sebuah kereta telah melanggar warga emas yang mengayuh basikal di tepi jalan.

Dalam video yang dikongsikan oleh Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter itu, satu rakaman orang awam menunjukkan sebuah kereta jenis sedan berwarna putih telah dipandu dengan bahaya.

Kemudiannya kereta tersebut secara mengejut telah dipandu ke arah kiri jalan sehingga terbabas dan melanggar tiang lampu jalan.

Tanpa disedari, seorang pak cik tua yang mengayuh basikal telah bergesel dengan kereta tersebut.

Menurut laporan di sebuah posting Facebook oleh Info Roadblock JPJ/POLIS, kejadian itu berlaku di Lebuhraya MRR2 dari Pandan Indah menghala ke Ulu Klang berhadapan Tesco Ampang.

08Sept2020/Selangor Makluman awal kemalangan berlaku petang tadi melibatkan sebuah kereta melanggar seorang penunggang…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Selasa, 8 September 2020

Dalam video yang sama, pemandu tersebut berada dalam keadaan separa sedar dan dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

Keadaan mangsa hanya mengalami luka-luka kecil kerana bergesel dengan kereta tersebut dan kini berada di Hospital Ampang.

 

Tak salah nak mabuk tapi min harap kalau boleh janganlah memandu, dapatkan teksi atau khidmat e-hailing supaya nyawa orang lain tak terancam.

 

Baca: “Mabuk ke tu?” – Pemandu Lawan Arus Langgar Kereta Lain Tapi Tetap Taknak Mengalah

D 6