in

“Mabuk ke tu?” – Pemandu Lawan Arus Langgar Kereta Lain Tapi Tetap Taknak Mengalah

1Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam tular satu video di media sosial pasal kejadian pemandu lawan arus di Kuala Lumpur. Apa yang menarik perhatian netizen ialah kenderaan yang memandu lawan arus tu, sikit pun tak nak mengalah. Kalau korang nak tengok video yang admin cakap tu, korang boleh tengok kat bawah ni atau pergi akaun Twitter @redzuanNewsMPB.


 

Laporan Polis

Lepas video tu viral, pihak polis pun membuat siasatan berkenaan kejadian ini. Memetik Harian Metro dari portal rasmi mereka, pemandu Volvo yang melawan arus tersebut telah didapati positif dadah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar.

Beliau berkata demikian selepas pihak polis menjalankan siasatan dan menghubungi kedua-dua pemandu kenderaan itu supaya tampil memberi keterangan. Kedua-duanya hadir pada 11.30 pagi dan 12 tengah hari.  Ujian saringan air kencing ke atas pemandu Volvo mendapati lelaki itu positif dadah.

Polis masih menjalankan siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada pesalah.

Baca: “Aku mabuk, bodoh” – [VIDEO] Lelaki Mabuk Mengamuk Lepas Keretanya Hancur Langgar Belakang Lori,  Netizen Suspek Tengah ‘High’

Screenshot 2020 09 06 At 11.43.10 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.