in

[VIDEO] Kantoi! Aksi 3 Orang Individu ‘Tamak’ Ambil Makanan Di Food Bank, Undang Rasa Tidak Senang Netizen

Fi Fb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai yang terjejas dari segi pendapatan.


Hasilnya, banyak pihak yang peka dengan masalah dihadapi rakyat sekarang, hingga baru-baru ini terlancar kempen ‘Bendera Putih’ bagi sesiapa yang betul-betul memerlukan bantuan bekalan makanan.

 

Ambil bekalan makanan dekat Food Bank sampai ‘licin’

Selain pihak badan bukan kerajaan (NGO), pemilik-pemilik premis juga turut mengambil inisiatif seperti mewujudkan food bank di tempat mereka untuk memberi barangan-barangan keperluan harian kepada memerlukan.

Namun baru-baru ini tindakan beberapa orang individu ‘tamak’ ternyata mengundang rasa tak puas hati sesetengah pihak.

Menerusi perkongsian oleh @Azman Abdullah, dia memuat naik sebuah video dan menunjukkan terdapat tiga individu mengambil makanan di sebuah food bank yang dah disediakan. Tapi apa yang menghampakan untuk kita lihat, mereka mengambil semua barangan makanan yang ada sampai sampai tinggal beberapa jenis bantuan saja lagi.

Posting tersebut mendapat perhatian masyarakat dan sehingga kini meraih lebih 120k views.

@azmanabdullah911

Habis dorg tapau segalanya tak ingat kat orang lain! #foodbank #lockdown #BenderaPutih #pkpd2021 #fyp

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

 

“Biar tuhan take care of this, kita tak boleh judge sesuka hati”

Menjengah ke ruangan komen, ternyata video tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang seakan terkilan dengan kejadian tersebut kerana, namun ada juga yang merasakan individu-individu tersebut membantu mengambil untuk orang yang lain juga.

Reak Fb 2 Edit

Reak Fb 1 Edit

Reak Fb 3 Edit

Reak Fb 4 Edit

Kasihan sangat tengok mereka yang terjejas sekarang ni. Kita doa dan usaha semampu mungkin agar wabak pandemik ni cepat pergi.

 

Baca : “Pagi ambil, petang ambil lagi” – Sediakan ‘Food Bank’ Untuk Yang Memerlukan Tapi Ada Pihak Tamak & Bolot Setiap Hari

Ft Bolotbantuan

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.