Setiap kali ketika kita berada di atas jalan dan terdengar bunyi siren kecemasan, kita sepatutnya memberi ruang kepada mereka dengan menggerakkan kenderaan kita ke tepi. Tindakan kecil kita ini sebenarnya mampu menyelamatkan nyawa, lebih-lebih lagi yang lalu itu adalah ambulans.
Namun masih ada segelintir pemandu yang mengambil kesempatan dengan turut menggunakan laluan yang telah dibuka khas kepada ambulans atas kepentingan sendiri. Sebagai contoh, korang boleh tengok video yang dikongsikan oleh Apit Lid menerusi Facebook di bawah ni.
https://www.facebook.com/100000856254210/videos/pcb.5347440108627811/670978154010327
Kena jeling baru tak cucuk dah
Ramai yang geram tengok kereta mewah tersebut ‘cucuk’ belakang ambulans sebab pemandu-pemandu lain boleh tunggu giliran masing-masing kat belakang kan. Sekali kena jeling dengan polis baru tahu nak bawa slow-slow.
Walaupun tak nampak macam abang polis tu sound driver kereta mewah tu, tapi jelingan tajam abang polis tu cukup untuk buat dia cuak. Jangan main-main tau.
Kalau pakai speaker tu confirm malu lah. Dah dia sorang je yang cucuk ambulans, orang lain boleh je beratur elok-elok. Mana nak letak muka kalau dah macam tu.
Itu baru kena jeling, kalau kena saman baru dia tahu kan. Puas gak hati min tengok dia slow down lepas kena jeling tu.
Kalau sound pakai speaker pastu cakap macam ni, memang confirm malu lah driver kereta mewah tu. Tapi kalau dia betul-betul nak ke hospital kita boleh lah faham gak kan.
Min harap korang dapat ambil iktibar dari video ni. Jangan pentingkan diri ketika memandu, jadilah pemandu yang berhemah.
Baca: Menurut Undang-undang Polis Perlu Utamakan Kes Kecemasan Menteri Pengangkutan