in

“Ustaz Adam is back!” – Netizen Teruja Drama ‘Nur’ Kembali Ke Kaca TV, Bakal Ditayangkan Malam Ini!

Capik Nur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat akan fenomena hangat drama bersiri Nur yang ditayangkan pada bulan Ramadan lepas? Haa drama lakonan mantap Syafiq Kyle dan Amyra Rosli ini kembali untuk musim kedua dan bakal ditayangkan malam ini tau! 


Kalau korang perasan, meskipun drama ni masih belum bermula tayangannya, tapi hypenya sudah ada sampaikan trending dekat Twitter semalam.

Alhamdullilah. Belum start dah trending. Semoga excitement ini berterusan sehingga ke episod terakhir. Apa apa abam dan…

Posted by Shahrulezad Mohameddin on Monday, April 1, 2019

 

Ustaz Adam is back! 

Bakal muncul dengan plot yang lebih suspen, netizen nampaknya dah tak sabar dah nak tengok drama ni tambah-tambah lagi bila ‘Ustaz Adam’ sendiri mula muat naik promo dan sedutan dari drama tersebut. Wuuu Syafiq Kyle terus jadi Ustaz Adam lah lepas ni. 

Adam 1
sumber: instagram

 

“Belum start cerita dah benci dia” 

Bagi mereka yang mengikuti update mengenai drama bersiri ni, ramai yang tahu bahawa pelakon baru, Azar Azmi bakal memegang watak antagonis iaitu seorang pelacur yang menggoda.

Menerusi trailer drama kat bawah ni, ramai yang dah mula benci Azar walaupun baru tengok trailer. Opss! Menjadi sungguh lakonan ye.

Azar 1
sumber: instagram

Dah tak sabar nak tengok kan? Apa lagi.. jangan lupa temujanji korang dengan drama Nur 2 setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3! Kalau terlepas drama ni, jangan risau! Korang boleh je lihat semula di Tonton dan iflix.

Sebelum tengok drama malam ni, boleh ambil mood dengar lagu tema Nur 2 yang baru ni. 

Baca: “Wujud sebenarnya watak Ustaz Hamadi dalam dunia realiti”

Hamadi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.