in

“Hukum hudud hukum kuno!” – Brunei Laksana Hukum Hudud April Ini, Pendukung LGBT Kepanasan!

Untitled Collage 4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bermula 3 April ini, difahamkan Brunei Darussalam akan melaksanakan fasa seterusnya dalam penguatkuasaan hukuman hudud di negara itu — yang akan membolehkan setiap pesalah seksual beragama Islam dihukum sebat dan rejam sampai mati.


Ia melibatkan kesalahan seperti melakukan hubungan seks sejenis, berzina dan rogol.

 

Lima tahun hasrat tertangguh

Brunei Times

Sebelum ini, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan undang-undang syariah itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa.

Menerusi fasa pertama yang dilaksana pada 1 Mei 2014, penguatkuasaan hukuman denda, penjara atau sebat — dilaksanakan ke atas umat Islam yang melakukan kesalahan tidak solat Jumaat, hamil anak luar nikah, mencuri dan meminum minuman keras.

Bagi kesalahan seks sejenis pula, mereka yang didapati bersalah akan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Undang-undang yang dikenali sebagai Kod Penal Syariah itu diwartakan selepas beberapa tahun diteliti dan dikaji, dan ia dikuatkuasa secara berperingkat dalam tempoh enam bulan

Seterusnya, dalam pelaksanaan fasa kedua dan ketiga pula — setiap pesalah seksual (zina, rogol, liwat), boleh dikenakan hukuman sebat dan rejam sampai mati.

Fasa kedua dan ketiga ini sepatutnya dilaksanakan pada tahun sama, namun Brunei akur dengan tekanan masyarakat antarabangsa dan terpaksa menangguhkannya.

“Di bawah undang-undang antarabangsa, rejam sampai mati merupakan seksaan atau kezaliman yang tidak berperikemanusiaan adalah jelas dilarang,” kata mereka.

Dan, setelah hampir lima tahun hasrat itu tertangguh — Brunei kali ini nekad untuk tetap melaksanakan undang-undang syariah, di dalam negara yang hampir 70 peratus daripada populasinya beragama Islam.

 

Orang luar tak senang duduk

Brunei Headline

Namun seperti kebiasaan, apa-apa penguatkuasaan hukuman Islam — pasti akan mendapat tentangan daripada pertubuhan bukan kerajaan atau kumpulan hak asasi manusia antarabangsa.

Mereka ini sebenarnya, tidak terlibat dan tidak ada kena mengena pun dengan pelaksanaan hukuman syariah ke atas penganut Islam sahaja. 

Pelik!

Tapi apa nak dihairankan, sedangkan dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 pun ada menyebut “Orang-orang yahudi dan nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka.”

Begitu jugalah perumpamaannya dengan nasib yang diterima Brunei ketika ini.

Semenjak ‘gay akan direjam sampai mati’ menjadi headline panas di dada akhbar media antarabangsa, ramai pengguna media sosial meluahkan pandangan masing-masing.

Kesimpulannya, mereka tak ‘redha’ dengan Brunei’s effort to empower shariah courts.

Hudud 6

Hudud 7

Barbaric

 

Err, Clooney who?

Clooney Huh

Seorang selebriti antarabangsa turut menjadi salah seorang yang kepanasan apabila Sultan Brunei memutuskan untuk tetap dengan keputusan pelaksanaan hukuman hudud.

Dalam satu artikel yang ditulisnya kepada portal Deadline.com, selebriti itu menggesa agar orang ramai memboikot kesemua sembilan buah hotel mewah milik Brunei di seluruh dunia — kerana melaksanakan hukuman kejam ke atas pelaku hubungan sejenis.

“Setiap kali kita menginap atau makan di mana-mana sembilan hotel ini (merujuk kepada hotel milik kerabat Brunei), kita secara tidak langsung memberi keuntungan terus kepada mereka yang memilih untuk merejam rakyat mereka yang melakukan hubungan sejenis atau dituduh berzina,” katanya.

Di akhir artikelnya, dia menyenaraikan kesemua sembilan nama hotel milik Sultan Brunei itu beserta lokasinya — sambil berkata “terpulanglah kepada setiap daripada kita apa nak buat.”

Tindakan boikot selebriti itu kemudiannya turut disertai beberapa bintang Hollywood lain yang menggesa Brunei menghentikan pelaksanaan undang-undang syariah ke atas gay, lesbian, biseksual hatta transgender sekali pun.

Dan netizen, mula berang dengan respon tidak semenggah mereka.

Ye 3

Tahle 2

Untuk menjelaskan isu tersebut, pihak Jabatan Perdana Menteri Brunei turut telah mengeluarkan satu kenyataan semalam — yang secara tidak langsung memperlihatkan kesungguhan negara itu dalam menegakkan hukum Islam.

Brunei Statement

Siapa kita untuk berkata tidak?

 

Baca: “Masih lagi mencabar tuhan?” – Netizen ‘Bitter’ Bila Wanita Ini Kata Ribut Kencang Di Putrajaya Sebab LGBT?

Lgbtq

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.