Tindakan pelakon Sharifah Sakinah berkongsi video mendukung seekor anak anjing dalam Instagram Story miliknya telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, semalam.
Dia kelihatan begitu selesa dan seronok mendukung haiwan yang diharamkan sentuhan bagi orang Islam tanpa keperluan dalam urusan kehidupan.
Difahamkan, video itu diambil ketika pelakon berusia 35 tahun itu bercuti di sebuah pulau peranginan terkemuka di Bali, Indonesia.
Artikel berkaitan: “Comelnya oyen” – Sharifah Sakinah Menari Sambil Peluk Anjing Curi Tumpuan Netizen
Artikel berkaitan: “Tak semua orang faham” – [VIDEO] Dikecam Sebab ‘Pegang Anjing’, Veterinar Muslimah Beri Penjelasan
Terbaharu, menerusi laporan Harian Metro, Sakinah tampil membuat permohonan maaf kepada semua pihak sekiranya ada yang tersinggung dengan tindakannya mendukung anak anjing itu.
“Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya.
“Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati,” katanya.
Menurutnya, dia menerima teguran dengan hati yang terbuka dan enggan mengulas lebih lanjut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Pada masa sama, Sakinah turut berharap agar isu mendukung anak anjing itu tidak dipanjangkan atau disensasikan lagi.
Sumber: Harian Metro