in

“Tuntut janji PTPTN!” – Graduan Berjubah Sanggup Berjalan Kaki Dari UM Ke Parlimen Demi Tunjuk Protes

Ptptn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebab itulah ada kata pepatah, kalau tak mampu tunaikan lebih baik jangan berjanji! Janji kerajaan untuk memansuhkan bayaran PTPTN telah menjadi isu yang semakin serius diperkatakan apabila graduan universiti mula tunjuk protes untuk tuntut perkara itu ditunaikan.


Menurut Projek MM, sekumpulan graduan telah berjalan kaki ke Parlimen dari UM bagi tuntut janji berhubung bayaran semula hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

 

Berjalan sejauh 9km demi tuntut janji PH

Menerusi update di laman Facebook Yazid Khairul Azman iaitu pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), 10 aktivis yang diketuai olehnya akan berjalan sejauh 9 km dan memulakan pergerakan dari Universiti Malaya.

“Hari ini, kami akan berjalan kaki ke Parlimen menuntut hak graduan yang dicengkam oleh pemerasan bayaran semula hutang PTPTN.

“Kami tuntut janji kerajaan Pakatan Harapan (PH),” tulisnya di Facebook.

Kami baru sampai di Brickfields. Berbaki lebih kurang 45 minit ke 1 jam lagi sebelum sampai di Parlimen. Kami cuba…

Posted by Yazid Khairul Azman on Tuesday, November 13, 2018

 

Pakai jubah sambil bawa sepanduk ‘Tunai Janji PTPTN’

Yazid termasuk 4 orang lagi yang memakai jubah, telah berhimpun berhampiran Parlimen dengan memegang sepanduk ‘Tunai Janji PTPTN’ seperti yang tertulis dalam manifesto PH.

Dalam manifesto tersebut tertulis, lulusan kampus yang berpendapatan bawah RM4,000 tidak dimestikan membayar balik pinjaman. Tetapi Belanjawan 2019 menyatakan graduan bergaji RM1,000 harus membayarnya.

46236679 1865726473476931 3715816519779745792 N
sumber: facebook

Pun begitu, harapan untuk bertemu Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan menyerahkan memorandum tidak kesampaian kerana hanya pegawainya menerima bagi pihak beliau. 

Menurut Yazid, mereka akan berjalan kaki dari UKM ke Putrajaya pula selepas ini jikalau tiada respon daripada Maszlee berkaitan hal tersebut.

Moga-moga isu ini tidaklah berpanjangan… 

Baca: Ingkar Bayar PTPTN Akan Diisytihar Bankrup? Baca Ini Dulu

Bankrap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.