in

Tragedi Pelantar Minyak: Wanita Hamil 7 Bulan Luluh, Hasrat Suami Cuti Panjang Temannya Berpantang Tak Kesampaian

Tragedi Pelantar Minyak Bot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepulangan yang dinanti buat seorang wanita yang sarat hamil bertukar tragedi apabila suami tercintanya terkorban dalam satu tragedi maut di sebuah pelantar minyak di perairan Terengganu, semalam.

​Mangsa, Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, merupakan salah seorang daripada tiga pekerja yang disahkan terkorban dalam insiden itu.


Isteri mangsa, Nurkhaeryna Dhania berkata kali terakhir dia bertemu suaminya adalah pada Ahad minggu lalu sebelum mangsa kembali bertugas di pelantar minyak (offshore) selama dua minggu, dan dijadualkan pulang ke rumah pada 1 Jun depan.

707888402 1505806891587411 7369688374773545079 N

Menurut Nurkhaeryna, dia menerima panggilan daripada pihak syarikat pada jam 4 petang yang memaklumkan suaminya terlibat dalam kemalangan.

​”Syarikat telefon beritahu suami terlibat dalam kemalangan, tetapi tidak pasti sama ada dia meninggal dunia atau tidak.

​”Saya kemudian hubungi rakan-rakan dia dan dapat tahu suami sudah meninggal dunia sebelum mereka memaklumkan perkara itu kepada ibu saya,” katanya.

706901376 1505806591587441 4963513566534014165 N

Mengulas lanjut, Nurkhaeryna tidak menyangka perbualan di aplikasi WhatsApp pada jam 7 pagi hari kejadian adalah momen terakhirnya bersama arwah suami.

​”Pagi tadi dia WhatsApp cakap tak sabar nak balik rumah dan mahu kumpul cuti untuk temankan saya berpantang anak kedua. Selepas saya balas mesej itu, dia sudah tidak memberi sebarang respons,” ujarnya pilu ketika ditemui di pekarangan Unit Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Artikel berkaitan: PETRONAS Nafi Terlibat Bekal Diesel Ke Filipina

Artikel berkaitan: “Hanya ada bau bahan mentah rosak”- ‘Kapal Hantu’ Di Perairan Terengganu, Tiada Mayat Dan Bahan Kimia Ditemui

Untuk rekod, ​arwah Muhammad Faezuan yang baharu menyertai syarikat tersebut pada Mac lalu dilaporkan mempunyai pengalaman luas dalam bidang offshore sejak tahun 2019.

Difahamkan, insiden yang meragut tiga nyawa pekerja serta seorang lagi cedera parah dipercayai berpunca apabila tali atau cangkuk yang dipasang pada bot penyelamat tiba-tiba terputus ketika mereka sedang menjalani latihan pemindahan kecemasan.

Dalam perkembangan lain, Petronas akan melakukan siasatan berhubung insiden berkenaan. Jurucakap Bahagian Komunikasi Strategik dan Perhubungan Petronas berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh dengan agensi terlibat.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.