Tommy Thomas Boleh Cakap Melayu Lah!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Bagi yang masih ingat, semasa bekas PM kita, Datuk Seri Najib Razak ditahan dan dihadapkan ke mahkamah, Peguam Negara Tommy Thomas meminta untuk buat press conference dalam bahasa Inggeris. Namun sebaik saja Peguam Negara kita ni nak buka mulut, penyokong bekas PM terus menjerit “Melayu! Melayu!” untuk minta Tommy bercakap dalam bahasa kebangsaan sehingga PC tu pun dibatalkan.

Tak lama lepas tu, salah seorang penyokong UMNO buat petition di Change.org untuk meminta Yang di-Pertuan Agong membuang Tommy daripada menjadi Peguam Negara disebabkan tak fasih Bahasa Malaysia (BM). Macam tu sekaliii..

Sumber: WOB

Namun sebelum korang buat sebarang conclusion tentang Tommy, korang patut tengok video yang viral semalam (12 Julai) ni. Dalam video berdurasi 4 minit, Tommy dilihat sedang beri ucapan dalam BM di Dewan Peguam Negara, Putrajaya. Ehh biar betul! 

Rakaman ini mendapat respon positif netizen dan jugak orang ramai di dewan tersebut yang mula bersorak gembira lepas Tommy bercakap sepatah dua kata dalam ucapannya, lapor Malay Mail.

Sumber: WOB

Dalam video tersebut, Tommy dilihat berucap di hadapan kakitangan daripada Persatuan Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (Jalsoa) untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri unit tersebut.

Meskipun kelihatan Tommy seperti hanya membaca ucapan yang ditulisnya itu, namun orang ramai tak kisah dan mereka bersorak sebaik sahaja Tommy diam untuk mengambil nafas. Wah supportive betul dorang ni! 

Sumber: WOB

Rata-rata netizen yang melihat Tommy dalam rakaman ni memuji cara Tommy bercakap dalam BM dan ada jugak yang mengatakan Peguam Negara ni nampak cute bila bertutur dalam bahasa Melayu. Waa dah ada peminat AG kita ni!

Sumber: Facebook

Nah tonton video penuh Peguam Negara cakap Melayu di sini: 

☆☆☆APPLAUSE☆☆☆☆☆☆APPLAUSE☆☆☆☆☆☆APPLAUSE☆☆☆☆☆☆APPLAUSE☆☆☆☆☆☆APPLAUSE☆☆☆

Posted by Shamsul Sulaiman on Wednesday, July 11, 2018

Haa sapa cakap Tommy tak boleh berbahasa Melayu? Sebenarnya dia boleh je cakap BM tapi saja tak nak show off. Hiks! 

Baca: Agong Perkenan Lantikan Tommy Thomas

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!