in

“Tokwan cium-cium skrin TV” – Anak Saudara Luah Rasa Sedih Paksunya Dibunuh & Dibakar

Kesian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejam! Tak sangka perkara seburuk ini boleh berlaku di negara kita. Baru-baru ni, tular berita mengejutkan mengenai kematian seorang pembantu tadbir di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di Kuantan, Pahang.

Apa yang mengejutkan kematian ni bukan sebab kemalangan dan biasa-biasa. Menurut Berita Harian, mangsa telah dibunuh dengan kejam apabila mayatnya ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan terbakar pada badan dan kecederaan pada muka dan kepala. 


 

“Arwah masih bujang, masih muda. Dia yang selalu jaga tokwan” 

Keluarga mana yang tak sedih bila orang yang mereka sayang pergi dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Menerusi luahan anak saudaranya di Twitter, mangsa, M Suhairi A Wahab, 35, digambarkan sebagai seorang yang penyayang dan selalu menjaga ibunya. Sayang sekali Pak Usunya ini pergi pada usia muda dan masih belum berkahwin.

Arwah 1

Drbhbwfu0Aa6Slv

Arwah 2

Drem5Mquwaid Vt

Drem5Kfvaamyrhm
sumber: twitter

 

“Tokwan nampak gambar poksu kat TV, tokwan cium-cium skrin TV” 

Menambah sebak di hati admin apabila baca luahan anak saudara ni yang terlalu sedih melihat keadan arwah buat kali terakhir. Arwah nampak terseksa dan semua ini adalah kesan daripada perbuatan kejam seorang manusia.

Lagi hiba pulak apabila diberitahu yang mak mangsa masih sukar nak terima kenyataan. Bila nampak gambar anaknya di skrin TV, dicium-cium skrin tu. Allahuuu…

Skrin

Drij1Yaucaal4Gz
sumber: twitter

 

Punca kematian sebab hutang dan isu peribadi? 

Menurut Kosmo, motif pembunuhan Suhairi adalah disebabkan masalah hutang dan isu peribadi. Pada hari kejadian, mangsa dikatakan telah mendesak suspek yang bekerja sendiri untuk membayar hutang sehingga berlaku pertengkaran dan mangsa dibunuh.

Suspek juga pada masa yang sama telah mengambil telefon bimbit mangsa selepas kejadian dan hantar pesanan ringkas kepada rakan serumah mangsa supaya tak kunci pintu rumah.

Image
sumber: kosmo

Walau bagaimanapun, suspek telah ditahan di Sungai Karang Darat dan direman bagi bantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bedah siasat juga mengesahkan terdapat kemungkinan mangsa dipukul dengan objek keras ekoran kecederaan di kepala dan muka. Dalam pada tu, rakan serumah mangsa yang berusia 34 tahun dari Kuala Nerang, Kedah juga ditahan bagi bantu siasatan.

Diharapkan suspek yang bertanggungjawab atas kematian mangsa dibawa ke muka pengadilan. Al fatihah. 

Baca: “S*al punya ibu!” – Budak 9 Tahun Mati Dilumur Minyak Tanah & Dibakar Ibu Kandung

Bakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.