in

Tinggal Tengkorak, Mangsa Kemalangan Akhirnya Ditemui Lepas Hilang Hampir 10 Bulan

Feature 2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kali ini tular tentang seorang mangsa kemalangan yang hilang sejak tahun lalu yang akhirnya ditemui di Batu Pahat, lapor Harian Metro.


Difahamkan, mangsa sebenarnya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara Selatan arah Yong Peng-Pagoh, Johor sejak 10 bulan lalu namun hanya ditemui oleh pekerja penyelenggaraan lebuh raya semalam ketika sedang membersihkan longkang.

Hilang 2

Menurut Asisten Komisioner Ismail Dollah iaitu Ketua Polis Daerah Batu Pahat, pihak penyelenggaraan lebuh raya menjumpai sebuah kereta jenis Hyundai Sonata dan tengkorak manusia di kawasan cerun lebuh raya tersebut.

Pihak kami percaya bahawa kemalangan itu telah berlaku pada bulan Mei atau awal bulan Jun tahun lepas,” katanya.

Pemandu kereta tersebut dipercayai telah hilang kawalan dan kemudian terbabas dan jatuh ke kawasan cerun di tepi sebelah kiri lebuh raya.

Berkemungkinan besar tak ada yang perasan dengan kereta terbabit sebelum ini sebab ia terselindung di kawasan semak dan cerun tu pula jaraknya 67 meter dari jalan.

Hilang 4

Sebelum ini, ada satu laporan polis telah dibuat tentang orang hilang pada bulan Jun tahun lepas dan pihak polis percaya ianya mungkin ada kaitan dengan kes ini. Tak dapat nak bayangkan betapa sedihnya keluarga mangsa sekarang ni. 

Kes ini masih berada dalam siasatan polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 manakala tengkorak tersebut telah dibawa ke Jabatan Patalogi Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.

Sama-sama kita doakan agar keluarga mangsa akan tabah dalam menghadapi ujian ini.

Baca: 600 Penduduk Kampung Tiba-tiba Lenyap? Ini 5 Kes Kehilangan Beramai-ramai Yang Kekal Misteri Hingga Kini

Hilang 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.