in

“Datang dengan hati terbuka, kami terima” – Keluarga Suspek Belum Hubungi Keluarga Arwah Irene Sofiya

Keluarga Suspek Irene Sofiya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keluarga Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal masih membuka ruang sekiranya keluarga suspek lelaki mahu datang bertemu mereka selepas tragedi yang meragut nyawa pelajar Tingkatan Empat itu.

Ibu saudara Irene Sofiya, Siti Nur Faeza Khyar, 45, berkata mereka sekeluarga bagaimanapun masih belum menerima sebarang panggilan atau kunjungan daripada keluarga suspek sejak kejadian berlaku.


Menurutnya, mereka tidak menutup pintu kepada mana-mana pihak yang mahu hadir dengan niat baik, termasuk keluarga suspek.

“Setakat yang saya tahu mereka tidak datang ke sini. Kami sebenarnya masih buntu dan katakanlah kalau keluarga mereka nak datang, kami akan terima.

“Kalau datang dengan hati yang terbuka, kami akan menyambut kedatangan mereka sebagaimana tetamu lain,” katanya.

 

Artikel berkaitan: “Dia tak minat ada teman lelaki” – Irene Sofiya Sangat Pentingkan Pelajaran, Kejar Impian Jadi Doktor Pakar

Artikel berkaitan: “Rasanya mereka ada kawan lain”- Rakan Sangkal Dakwaan Irene Sofiya Bercinta Dengan Suspek

836458919 18595433662067698 2366596955134077847 N

Dalam pada itu, Siti Nur Faeza turut merakamkan penghargaan kepada Raja Permaisuri Agong atas keprihatinan dan kesudian baginda berangkat menziarahi mereka.

“Saya mewakili keluarga menjunjung kasih kepada Raja Permaisuri atas keprihatinan, kesudiannya untuk mencemar duli berjumpa dengan kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, keluarga Irene Sofiya masih belum menerima sebarang perkembangan mengenai telefon bimbit dan beg galas milik Allahyarhamah yang dilaporkan masih belum ditemui.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.