in

600 Penduduk Kampung Tiba-tiba Lenyap? Ini 4 Kes Kehilangan Beramai-ramai Yang Kekal Misteri Hingga Kini

Mistweri

4. Kehilangan anak kapal Flight 19

Ini antara kisah kehilangan yang popular, dilaporkan berlaku pada 5 Disember 1945 melibatkan seramai 14 anak kapal yang digelar Flight 19.

Kisah kehilangan ini dicatatkan ketika mereka melakukan rutin harian di sekitar Bermuda Triangle, Florida dan Puerto Rico.

Namun menurut sumber, sebelum mereka hilang anak kapal itu sempat menghantar pesanan kepada menara kawalan memaklumkan mereka akan melakukan pendaratan kecemasan.

Apa yang lagi pelik, tim yang melakukan rutin harian itu diketuai dan dianggotai oleh juruterbang yang berpengalaman.

2D7262Eb 703B 4D27 8132

Lebih pelik lagi 13 anak kapal lain yang diarahkan mencari flight 19 juga hilang tanpa jejak ketika operasi mencari dijalankan.

3. Kehilangan 200 keluarga di Kota Khuldara, India

Umum mengetahui India merupakan negara yang mempunyai antara penduduk teramai dan terpadat di dunia.

Kisah misteri ini salah sebuah kota di India iaitu Khuldara. Kota ini pada abad ke 13 dikatakan sebagai antara kota paling maju lah dan mempunyai lebih 200 keluarga yang menetap di kawasan tersebut.

Namun pada abad ke 19, mengejutkan apabila penduduk dilaporkan hilang secara misteri. Muncul pelbagai spekulasi, mengatakan ianya disebabkan gempa bumi, air empangan kering, kemarau yang membuatkan penduduk tinggalkan kota tersebut. Namun sehingga kini masih tiada jawapan.

Kuldhara Haunted Curse Vargis Khan

Yang menjadi lebih misteri, bila penduduk di sekeliling kota tersebut mengatakan mereka seringkali ternampak susuk tubuh bekas penduduk kota yang mundar mandir di sekitar kawasan. Bila mereka pergi untuk lihat, tiada siapa di kota itu.

Persoalan nya, dimana penduduk ini semua? Adakah susuk tersebut merupakan roh penduduk kota tersebut? Wallahualam…

2. 300 anak kapal laut USS Cyclops hilang di Bermuda

Tragedi ini dilaporkan berlaku pada 1918, melibatkan sebuah kapal laut yang dikenali sebagai USS Cyclops.

Difahamkan yang USS Cyclops ini sering berlayar di kawasan Eropah semasa Perang Dunia 1, namun ada satu ketika sewaktu kapal ini melalui kawasan Segitiga Bermuda, kapal ini hilang secara misteri.

Imagev14431E5B033E07D6B397Dc0437A8E2F50 L0Uq3Dq26Gnuz2Kfpq2 T1880

Ketika itu dilaporkan USS Cyclops membawa kira-kira 300 anak kapal.

Tiada panggilan kecemasan atau pun sebarang petanda sebelum kehilangan kapal tersebut. Malah tim yang dihantar bagi operasi mencari dan menyelamat juga tidak menemui USS Cyclops.

1. Penduduk kampung Hoer Verde ‘lenyap’

Antara kes kehilangan misteri terbesar dalam sejarah ada tragedi di Hoer Verde, perkampungan di Brazil.

Perkampungan itu didiami kira-kira 600 orang penduduk, namun pada 1923, penduduk kampung dilaporkan tiba-tiba hilang tanpa jejak.

972Ef9A0 6F95 4588 9539 Edd56879C9B7

Siasatan demi siasatan dilakukan, namun tiada jasad ditemui, punca kehilangan juga masih menjadi misteri.

Namun berlaku satu situasi pelik dan menakutkan apabila mereka menjumpai sepucuk pistol dan ayat ‘No Salvation’ iaitu ‘Tidak Selamat’ yang tertulis di papan hitam bangunan sekolah di kampung tersebut.

Ada spekulasi mengatakan penduduk kampung meninggalkan Hoer Verde disebabkan kawasan itu sudah tidak selamat namun ada juga spekulasi-spekulasi lain.

Persoalannya, kemana penduduk pergi?

 

Sumber: kupi-kupi go

 

Baca : Kisah Asal Usul Shin Chan Yang Menyedihkan & Kaitannya Dengan Kematian Misteri Pelukis Manga, Yoshito Usui

Shin