in

“Tiga kali polis tumbuk muka” – Video Viral Di Media Sosial, Penunggang Motor Tampil Buka Cerita?

Polis Tumbuk Penunggang Motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, satu rakaman video tular di media sosial dimana seorang anggota polis trafik dikatakan telah menumbuk seorang penunggang motosikal yang ditahan di tepi jalan.


Bagaimanapun, anggota polis trafik berkenaan menafikan bahawa dia ada melakukan kekerasan terhadap penunggang motosikal terbabit. Selain itu, satu laporan polis juga telah dibuat olehnya atas tujuan untuk melindungi diri daripada disalah erti sebelum kejadian itu tular dengan lebih meluas lagi.

Walaupun begitu, penunggang motosikal berkenaan yang dikenali sebagai Muhammad Farhan Awang Kafli, 30, pula tampil menceritakan pengalamannya.

Muka dah ditumbuk dua kali sebelum rakaman berlaku

Menurut Muhammad Farhan, ketika kejadian dia berada dalam perjalanan untuk menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum melalui satu sekatan jalan raya.

Tambah individu itu, dia mengaku bersalah kerana cuba untuk melarikan diri. Namun begitu, dia berhenti setelah ditahan pihak berkuasa.

Muhammad Farhan mendakwa, dirinya sudah ditumbuk di muka sebanyak dua kali oleh pegawai polis berkenaan sebelum video terbabit dirakam.

“Dia kemudiannya datang sekali lagi untuk merampas kunci motor dan mendakwa saya melanggar kakinya,” kata Muhammad Farhan.

Jelas Muhammad Farhan lagi, anggota polis itu sekali lagi ‘mengangkat tangan’ padanya ketika dia cuba untuk menjelaskan keadaan. Selain itu, Muhammad Farhan turut dihamburkan kata-kata kesat.

“Dia (anggota polis) beritahu isteri saya kenapa saya bodoh sangat. Saya sudah cuba menjelaskan yang saya tidak melanggar kaki dia tetapi, dia tak boleh terima dan menumbuk saya,” kata Muhammad Farhan.

Muhammad Farhan berkata, tindakan anggota polis trafik itu sama sekali tidak boleh diterima. Dia dan isterinya sudah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

“Sekali lagi saya mengaku saya ada melakukan kesalahan tetapi tidak boleh menghukum saya dengan cara begitu,” katanya.

Video berdurasi 37 saat itu dilaporkan tular di media sosial semalam. Ramai netizen di ruangan komen dilihat berang melihat tindakan anggota polis trafik itu.

Sumber: Hmetro

Baca: “Tidak kena mana – mana bahagian anggota badan” – Viral Video Di Media Sosial, Anggota Polis Tampil Cerita Situasi Sebenar?

Jelas E1610155755781

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.