in

Tidak Puas Hati Digantung Kerja, Bekas Pengurus Rempuh Kilang & Baling Petrol Sebelum Maut Dilanggar Treler

Kereta Langgar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bengang kerana diberhentikan kerja, seorang bekas pengurus telah merempuh masuk ke kilang dan membaling botol petrol di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh semalam.


Walau bagaimanapun, selepas melakukan perbuatan tersebut bekas pengurus tadi dilaporkan maut apabila dilanggar treler lepas hampir sejam kejadian berlaku, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihak polis menerima laporan awal daripada orang awam pada jam 7.30 malam yang memaklumkan sebuah kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki menceroboh masuk ke kawasan kilang tersebut.

123613973 1734692516708451 7887955695758544519 N

Pun begitu, hasil siasatan mendapati pada jam 6.42 petang, suspek yang berusia 52 tahun dan baru ditamatkan perkhidmatannya telah merempuh serta menceroboh masuk ke kawasan kilang tanpa kebenaran dengan menggunakan kereta.

“Suspek memandu kereta terus merempuh ke dalam Bahagian Fasa 1 Kilang yang terletak kira-kira 500 meter dari pintu utama kilang.

“Selepas memberhentikan kenderaan, suspek membaling botol petrol ke dalam Pejabat Sumber Manusia di premis kilang berkenaan,” katanya.

 

Rempuh bilik lain dalam kilang, sebabkan kebakaran 

Suspek kemudian telah menaiki semula keretanya dan memandu laju lalu merempuh masuk bilik ‘Production Labelling Department’ hingga menyebabkan kebakaran.

Kebakaran berjaya dipadamkan pengawal keselamatan kilang dan pasukan bomba yang tiba di lokasi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

“Suspek tidak membawa sebarang senjata dan tiada kecederaan kepada pekerja kilang dilaporkan. Anggaran kerugian dialami pihak kilang adalah RM1 juta.

“Selepas melakukan tindakan khianat, suspek beredar meninggalkan kawasan kilang melalui pintu utama dengan berjalan menghala ke arah kiri kilang,” jelasnya lagi.

123561967 1734692553375114 4662159833030991640 N

123482842 1734692593375110 7403451333519662645 O

 

Saksi nampak suspek seolah-olah sengaja lintas jalan 

Namun suspek katanya disyaki maut dilanggar treler pada jam 7.45 malam di Jalan Kuala Kangsar arah Ipoh berhadapan kawasan perindustrian itu.

123496400 1734692660041770 4882496749575665624 N

Menurut A Asmadi, ketika dalam perjalanan melarikan diri dari tempat kejadian, saksi menyatakan yang dia nampak suspek seolah-olah sengaja melintas jalan sebelum dilanggar treler.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian dipercayai suspek tidak berpuas hati terhadap pihak pengurusan kilang atas penggantungan kerja sejak September lalu kerana masalah disiplin selain pihak kilang sedang menyiasat suspek yang didakwa mengugut pihak atasan kilang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427/448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan di tempat kejadian masih dijalankan,” katanya.

Baca: “Tangisan sang suami di sisi mayat isteri” – Kebetulan Lalu Di Tempat Kejadian, Suami Tak Sangka Isteri OKU Maut Digilis Treler

Langgar

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.