Betapa luluhnya hati seorang suami apabila melihat tubuh isterinya terbaring kaku, maut di tengah jalan.
Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang juga ibu muda baru melahirkan bayi 7 bulan lalu apabila meninggal dunia akibat digilis lori treler dalam satu kemalangan jam 1.30 petang pada Rabu lepas di Kulim, Kedah.
Menurut Astro AWANI, suami mangsa yang kebetulan lalu di tempat kejadian, terus meluru ke arah jasad isterinya dan memeluk erat sambil menangis. Allahuuu… Boleh tengok video di sini.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1306530471472316417
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Azhar Hashim, mangsa dikenalpasti sebagai Nur Almass Zasmi, 23, sedang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Serdang Ke Sungai Ular, manakala treler tersebut pula datang dari arah yang bertentangan.
Ketika kejadian berlaku, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terjatuh di atas jalan sebelum sebuah lori treler datang dan menggilis mangsa dengan tayar belakangnya. Aduhai…
Mangsa yang bertugas sebagai operator kilang di Kulim merupakan orang kurang upaya (OKU) bisu dan telah melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya yang juga seorang OKU bisu pada 8 Disember 2018.
Mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang kini berusia 7 bulan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.
“Seberat-berat aku rasa dugaan yang aku rasa, berat lagi dugaan dia”
Rata-rata netizen yang membaca kes ini sangat bersimpati dengan nasib suami dan anak mangsa. Semoga mereka tabah hadapi dugaan ini.
Min doakan suami mangsa kuat demi anak yang masih kecil.