Kebiasaannya kita lihat pasangan warga Cina yang baru berkahwin akan diarak ke lokasi majlis perkahwinan menaiki kereta mewah, malah ada juga yang dibawa menaiki helikopter.
Namun bagi seorang wanita dari bandar Qingdao di China ini, dia tidak memerlukan semua itu serta membuat keputusan untuk memandu sendiri dan membawa bakal suaminya ke lokasi majlis menaiki bas.
Wu Zheng merupakan pemandu bas di wilayah itu dan pasangan tersebut berjumpa serta mula mengenali antara satu sama lain semenjak pertemuan kali pertama di dalam bas. Comelnya!
Ahli keluarga juga dikatakan memberi sokongan kepada pasangan itu dan Wu memang membawa bakal suaminya, Sun Hai menaiki bas yang dipandunya setiap hari.
Menurut Wu, bas yang dipandu setiap hari itu sudah dianggap seperti ‘pejabat’ dan berkata, “Bas ini sudah seperti keluarga dan saya mahu dia menjadi saksi hari bahagia saya.”
Enam buah bas dikatakan menyertai konvoi bas itu termasuklah bas yang dipandu Wu. Lima bas lagi dinaiki para tetamu majlis dan pasangan tersebut telah memilih pengangkutan itu untuk mempromosikan pengangkutan rendah karbon dan meningkatkan kesedaran tentang perlindungan alam sekitar.
Semoga pasangan ini berbahagia ke akhirnya!
Baca: Lelaki Saman Ganti Rugi Bekas Tunang Kerana Batalkan Perkahwinan 21 Hari Sebelum Majlis