The Super Scary Labyrinth of Fear: Rumah Hantu Paling Seram di Jepun, Ramai Keluar Ikut Emergency Exit

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



The Super Scary Labyrinth of Fear: Rumah Hantu Paling Seram di Jepun, Ramai Keluar Ikut Emergency Exit

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Korang jenis suka pergi cabar keberanian diri tak? Kalau ye, tempat ni sesuai untuk korang! The Super Scary Labyrinth of Fear seram sangat sampai ada yang claim rumah hantu ni paling menakutkan di dunia. Haa meh sini admin cerita sikit pasal rumah hantu ni.

Sumber: Tokyo Cheapo

 

Sangat besar, ambil masa 1 jam

Biasanya kalau masuk rumah hantu, paling lama pun dalam 20 minit kita dah habis pusing kan? Bayangkan betapa besarnya The Super Scary Labyrinth of Fear ni, 1 jam baru habis sampai penghujung. Memang peluh mencurah curah lah dibuatnya…

Sumber: Twitter

Rumah hantu ni terletak dekat Fuji-Q Highland, sebuah taman tema di Fujiyoshida, Jepun. Memang setiap hari tempat ni penuh dengan pengunjung dan salah satu attraction orang paling nak pergi is rumah hantu ni lah.

Sumber: hisgo

 

Memang betul betul berhantu

Difahamkan, rumah hantu tu merupakan hospital satu ketika dulu. Tak pasti tahun bila hospital ni mula terbiar, tapi sekarang ianya menjadi antara rumah hantu paling besar di dunia. The Super Scary Labyrinth of Fear ni ada dua tingkat dan pengunjung memang boleh jalan freely, ikut suka korang nak pilih jalan atau laluan yang mana tapi panjang tempat ni dianggarkan 900 meter.

Sumber: Danny

 

Ikut pengunjung nak pilih laluan sendiri

Ibarat macam korang terperangkap dalam hospital terbiar lah. Macam maze lah, korang kena jalan sampai jumpa jalan keluar macam tu lah. Dekat sini tak pakai patung ke apa, memang orang sebenar yang berupa hantu akan menakutkan korang.

Sumber: Nailed
Sumber: Fuji Q

Kiranya korang akan lalu kawasan wad, tandas, bilik mayat, bilik bedah dan macam-macam lagi. Memang 100% macam hospital tapi yang dah terbiar. So, selain hantu buatan sebenarnya ada hantu betul lah eh? ?

 

Hantu berkeliaran

Korang jangan ingat nak macam rumah hantu biasa biasa. Hantu semua berdiri statik je. Dekat sini korang akan nampak lah ‘nurse‘ berjalan sambil pegang kepala sendiri atau terdengar bunyi bunyi yang menakutkan dan macam-macam lagilah. Bukan tu je, menurut pengunjung yang dah pernah masuk, ‘hantu’ tu kadang kadang akan kejar korang tau!

Sumber: Instagram
Sumber: Grape

Atau pun korang akan lalu hallway kosong yang gelap sambil ditemani bunyi yang tak enak didengar. Jadi, make sure korang jangan masuk tempat ni sorang ye…

Sumber: Danny
Sumber: Fuji Q

 

Ramai tak tahan, minta keluar 

Betapa seramnya rumah hantu ni, sampai pihak pengurusan memang ada sediakan staf di sudut. So, kalau korang tak sanggup jalan sampai hujung, dorang akan bawa korang keluar.

Sumber: Danny

Bukan tu je, rumah hantu ni ada banyak emergency exit. Kalau tak jumpa staf tu, korang sendiri boleh keluar lari ikut pintu emergency tu. Memang ramai pun lari ikut situ. Bayangkan, korang tengah takut then nampak emergency exit. Korang pun lari dengan harapan dapat keluar dari rumah hantu tapi rupanya pintu tu adalah laluan lain dalam hospital tu.

Sumber: The Theme Park Guy

 

Kalau takut sangat tapi nak cuba, beli omamori

Omamori adalah sejenis gelang yang glow in the dark. Korang boleh beli dekat luar rumah hantu dan tujuan dia adalah untuk bagi signal dekat ‘hantu’ dalam tu.

Bila masuk rumah hantu, gelang automatically akan menyala. So, ‘hantu’ ni tahu korang tak berapa berani so dorang takkan beria-ia kacau korang. Tapi admin rasa, kalau dorang tak kacau pun, tempat tu sendiri memang dah menakutkan.

Sumber: Japan Times

Korang rasa berani tak nak masuk?

Baca: Gonjiam: 7 Fakta Filem Seram Korea Mengenai Hospital Sakit Jiwa Yang Berhantu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!