Peminat-peminat filem kpop mesti familiar dengan drama Boys Over Flower, drama yang dibintangi awek cun dan oppa-oppa yang hensem sehingga membuatkan peminat-peminat kpop tak keruan layan drama ni.
Salah satu watak penting dalam drama ni dilakonkan oleh Jang Ja-Yeon, artis kpop yang semakin meningkat naik selepas drama ini mula ditayangkan.

Namun kebahagiaan itu hanya seketika sebelum korea dikejutkan dengan berita kematian pelakon itu selepas dia ditemui mati tergantung di rumahnya di Bundang, Gyeonggi-do pada 7 Mac 2009.
Tapi apa yang lebih mengejutkan ialah pelakon itu turut meninggalkan diari yang menceritakan kisah hidupnya, apa yang terpaksa dilaluinya sebelum dia menamatkan riwayatnya.
“Dipaksa layan 31 orang lelaki oleh agensinya lebih 100 kali”
https://twitter.com/MuhammadFatrim/status/1202077696194465793
Wallahualam, tapi mungkin inilah sisi gelap industri hiburan di Korea yang ramai tak tahu, dan Jang Ja Yeon merupakan salah seorang mangsa kerakusan ‘industri’ ini.
Jang memulakan kariernya sebagai seorang model, sebelum terlibat dalam dunia hiburan pada 2008 dan disitulah segala-galanya bermula.
“Pihak agensi dan pengurus pergunakan Jang untuk duit dan populariti”

Disebabkan pengurusnya terdesak, Jang dipaksa ‘melayan’ pelanggan hampir setiap minggu, malah ada sekali tu dia disuruh membuang rahimnya.
Kejam kan? Tapi inilah realiti sebenarnya.
“Bila Jang protes, dia dilayan macam binatang”

Sebab tak tahan dengan ‘layanan’ yang diterima, Jang akhirnya ditemui mati di kediamannya pada 7 Mac 2009.
Sebelum itu katanya dia sempat menelefon kakaknya dan mengeluh yang dia stress dan “INGIN MATI”.
“Polis jumpa diari, dalam tu ada tulisan 7 mukasurat jelaskan apa yang terjadi dan nama-nama lelaki yang jadikannya pelacur”


Dipaksa berikan khidmat seks kepada beberapa figura terkenal seperti ahli politik, ahli perniagaan, penerbit surat khabar dan tokoh berpengaruh dalam industri hiburan. Dalam tulisan tu ada senaraikan 31 nama yang terlibat skandal seks tersebut.”



So kalau korang nak tengok cerita pasal kematian Jang Ja Yeon ni, boleh try cari THE SECRET SCANDAL, filem tahun 2014.
Baca : 4 Nota Akhir Yang Ditinggalkan Selebriti Kpop Sebelum Bunuh Diri!