in

4 Nota Akhir Yang Ditinggalkan Selebriti Kpop Sebelum Bunuh Diri!

Featured 21

Kali ni admin nak story pasal kpop memandangkan lately banyak kisah yang keluar dari negara ‘oppa gangnam style’ tersebut.

Rs 1024X620 190312014015 Seungri Joon Young

Paling mencuri tumpuan pastinya mengenai kes Seungri Big Bang dan Jung Joon Young yang menggemparkan industri kpop, malah peminat-peminat kpop sedikit sebanyak turut terkesan dengan kes terbabit.

So kali ini admin nak share story pasal kes bunuh diri melibatkan artis-artis popular Korea Selatan, perkongsian ni diambil dari sumber sos cili :

 

Nota akhir Bintang Kpop sebelum bunuh diri

 

1. Jang Ja Yeon

Is Surat Jang Ja Yeon Sebelum Meninggal 7B57F3

Korang pernah tengok drama Boys Over Flower tak? Alah drama yang suatu ketika dahulu yang menjadi kegilaan para gadis-gadis di luar sana, bukan je gadis malah makcik, mak , nenek semua tengok drama ni sebab ada oppa-oppa yang hensem.

Salah seorang pelakon yang memainkan watak penting dalam dalam drama ni ialah Jang Ja-yeon, dan drama inilah yang mula meningkatkan populariti Jang Ja-yeon dalam industri seni di Korea Selatan.

084069700 1528274041 Jang Ja Yeon4
Sumber : google

Namun kegemilangan itu hanya dikecapi seketika sebelum dia ditemui mati tergantung di rumahnya pada 7 Mac 2019. Apa yang mengejutkan tentang kematiannya ialah penemuan nota 7 muka surat yang Jang Ja-yeon tinggalkan sebelum menamatkan hayatnya.

“Jang dipaksa memberikan khidmat seks kepada beberapa figura terkenal seperti ahli politik, ahli perniagaan, penerbit surat khabar dan tokoh berpengaruh dalam industri hiburan. Dalam nota tersebut Jang turut senaraikan 40 nama yang didakwa terlibat dengan skandal melibatkan dirinya”.

2. U Nee

Yunee
Sumber : google

Dikenali sebagai penyanyi yang berbakat dalam genre-nya yang tersendiri iaitu pop-dance, Lee Hye-ryeon atau U Nee ini telah ditemui mati dengan menggantung diri di rumahnya.

Kejadian berlaku pada 21 Januari 2007 , ketika itu neneknya baru pulang dari gereja sebelum terlihat U Nee tergantung di dalam rumah..Apa lah agaknya perasaan neneknya pada ketika itu.

U Nee pada ketika itu baru berusia 25 tahun dan ramai peminat ternanti-nanti album terbaharu darinya yang sepatutnya muncul tak lama dari tarikh dia ditemui mati.

2007012261006 1

Actually tak ada sebarang nota pun yang ditemui ketika itu cuma mereka menemui sesuatu di laman webnya iaitu :

“Saya rasa semuanya kosong. Saya sekali lagi berjalan ke destinasi yang saya sendiri tak tahu”

Hasil siasatan polis kepada rakan terdekat mangsa mendapati yang U Nee sebenarnya mengalami depresi, yang mungkin disebabkan dia tertekan atas kritikan dan serangan online yang dilakukan ke atasnya.

3. Choi Jinn Sil

Memulakan karier sebagai model Samsung sebelum meneruskan langkahnya dalam bidang seni bermula sebagai pelakon tambahan dan kemudiannya dipilih sebagai pelakon utama.

Nama Choi Jinn Sil semakin meningkat naik sehinggalah dia diangkat sebagai Nation’s Actress. Bab anugerah tak payah cakaplah memang berlambak-lambak.

Download 1

Namun tak semua yang dikecapi itu membuatkan dia bahagia sebaliknya dia pernah bercerai atas faktor dia seksa oleh bekas suaminya, bagaimanapun dia tetap teruskan hidup dengan membintangi drama dan filem.

Tanggal 2 Oktober 2008, bagaimanapun pelakon ini ditemui mati akibat menggantung diri di dalam rumahnya beserta satu memo yang menunjukkan dia mengalami depresi yang teruk.

“Saya sedih dengan orang di dunia ni. Saya tak faham kenapa mereka perlu menyeksa seseorang dengan tuduhan pinjaman wang atau mana-mana sahaja”

Choi Jin Sil

Dilaporkan Choi Jinn Sil banyak terima tuduhan dan dakwaan bahawa di salah seorang yang terlibat dalam kematian kawan baiknya iaitu Ahn Jae Hwan yang didakwa membunuh diri sebab tertekan dengan hutang keliling pinggang (ada kata pinjam dari Ah long, ada kata berpunca dari Choi Jinn Sil).

Namun sebelum dia menamatkan riwayatnya, Choi Jinn Sil sempat buat laporan polis terhadap dakwaan tersebut dan polis pun dah tangkap pelakunya.

*Mungkin Choi Jinn Sil masih tertekan kot sebab tu dia bunuh diri

4. Kim Jong-hyun

Siapa tak kenal dengan kumpulan SHINee, kumpulan yang mencipta fenomena luar biasa bukan sahaja di Korea Selatan sebaliknya di seluruh dunia.

Kumpulan yang terkenal dengan lagu Ring Ding Dong, Hello, Lucifer dan banyak lagi bagaimanapun telah mengejutkan seluruh dunia dengan pemergian ketua kumpulannya Kim Jong-hyun.

2017 12 18 37493 1513593325. Large

171219142730 01 Jonghyun South Korea K Pop Exlarge 169

Detik hitam itu berlaku pada 18 Disember 2017 apabila Jong-hyun memilih untuk membunuh diri di apartment yang disewanya.

Dilaporkan sebelum dia membunuh diri, Jong-hyun sempat menghantar mesej kepada kakaknya :

“Segalanya terlalu sukar untuk saya, tolong izinkan saya pergi dan beritahu saya sudah bekerja keras dan lakukan yang terbaik. Ini adalah yang terakhir, selamat tinggal”

Baca : Fans Kpop Bawa Bertenang! Ini Pendedahan Kes Skandal Bapa Ayam Seungri Big Bang Yang Korang Perlu Tahu

Rs 1024X620 190312014015 Seungri Joon Young 1